Siakap Keli
beza baking soda baking powder
Kredit: Google

Macam Sama Tapi Tak, Ini Perbezaan ‘Baking Soda’ Dengan ‘Baking Powder’ Dalam Masakan

Baking soda dan baking powder (serbuk penaik) bukanlah perkara asing bagi anda yang selalu ke dapur, khususnya yang gemar menghasilkan kek, biskut dan muffin.

Kedua-dua bahan ini berfungsi untuk menaikkan doh, sekaligus menjadikan tekstur makanan lebih gebu dan ringan.

Namun, sesetengah orang mungkin menghadapi sedikit kesulitan untuk membezakan kedua-duanya. Jadi, tanpa membuang masa, jom kita baca perbezaan antara baking soda dan baking powder.

Baking soda (soda bikarbonat)

Baking soda atau turut dikenali sebagai soda bikarbonat merupakan bahan ragi bersifat alkali yang digunakan untuk mengembangkan adunan.

Ia diaktifkan apabila dicampur dengan bahan bersifat asidik dan cecair.

Campuran bahan bersifat alkali dan asidik ini akan menghasilkan karbon dioksida, sekaligus membuatkan doh kembang, ringan dan gebu.

Disebabkan itulah, resipi yang menggunakan soda bikarbonat atau baking soda turut memerlukan perahan lemon, krim tartar atau susu masam yang bersifat asidik.

Baking powder (serbuk penaik)

Baking powder atau serbuk penaik pula merupakan campuran tepung (biasanya tepung jagung), soda bikarbonat dan bahan aktif berasid.

Seperti baking soda, bahan ini akan menghasilkan reaksi yang membebaskan karbon dioksida apabila dicampur cecair. Reaksi ini akan menyebabkan tekstur adunan anda menjadi lebih ringan dan kembang.

Oleh itu, anda tidak perlu lagi menggunakan bahan yang bersifat asid seperti perahan jus lemon dan sebagainya ke dalam adunan anda sepertimana ketika menggunakan baking soda.

Sumber: Healthline

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.