Siakap Keli
Gambar: www.sabahpost.net

Gempa Bumi Lemah Di Semporna

Kuala Lumpur: Satu gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter dikesan berlaku di Semporna, Sabah pada 10.01 pagi tadi.

Dalam kenyataannya di sini, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata gempa berlaku pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 14 km barat dari Semporna, Sabah.

Jabatan itu juga berkata berdasarkan penilaian awal, gegaran mungkin turut dirasai penduduk.

Keadaan akan terus dipantau, demikian menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.