Siakap Keli

Tiga Negeri Di Pantai Timur & Sarawak Kekal Status Zon Hijau, Kota Setar Antara Daerah Baru Catat Kes Positif Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan data pergerakan 14 hari taburan kes Covid-19 mengikut daerah di Malaysia. Berdasarkan infografik yang dikeluarkan hari ini (15 Ogos 2020), hanya empat negeri sahaja berstatus zon hijau iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak.

Namun hingga setakat ini, tiada lagi negeri yang berstatus zon merah yang mencatat 41 kes aktif dan ke atas. Sehingga hari ini, negeri Kedah menerima paling banyak peningkatan kes dan hanya 4 daerah sahaja di Kedah mengekalkan status zon hijau.

Timur Laut Pulau Pinang dan daerah Kota Setar di Kedah antara daerah baru catat kes positif. Kes di Kedah mula meningkat apabila tercetusnya Kluster Sivagangga dan diikuti kluster-kluster baharu yang lain.

Sumber: KKM

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)