Siakap Keli
Gambar: Google

Penduduk Slim Bakal Nikmati Internet 4G – Saifuddin

TANJUNG MALIM, 19 Ogos  (BERNAMA) — Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim bakal menikmati liputan internet 4G selewat-lewatnya tahun depan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata dua menara telekomunikasi yang dibina di Changkat Sulaiman dan Changkat Serunai dijangka siap hujung tahun ini manakala lima lagi dalam perancangan di Felda Besout disasar siap pada suku kedua tahun depan.

“Selain itu, 25 alat pemancar di menara telekomunikasi sedang dinaik taraf. Kita harap dengan penambahan menara telekomunikasi baharu dan naik taraf alat pemancar, akan memberi liputan internet yang lebih baik di Slim,” katanya.

Saifuddin bercakap kepada pemberita pada majlis ramah mesra bersama media di Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, di sini, hari ini.

Turut hadir calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK itu, Mohd Zaidi Aziz.

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.