Siakap Keli
FOTO: NATIPAH ABU

Tiga Anak Yatim Ini Terlibat Dalam Kemalangan, Ibu Terpaksa Berhenti Kerja Mohon Bantuan Orang Ramai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagai terjatuh ditimpa tangga. Itulah bait ayat untuk seorang wanita bergelar ibu ini yang sangat kuat menghadapi cabaran hidupnya. Ya, tak semua manusia di dunia menerima ujianNya yang sama.

Seperti wanita ini, beliau sangat cekal dan tabah mengharungi cabaran hidup selepas suaminya meninggal dunia secara mengejut tiga tahun lepas. Hari ini, dugaan datang sekali lagi apabila tiga orang anaknya terlibat dalam kemalangan dan mengalami cedera sehingga tidak dapat bangun seperti biasa.

Menerusi perkongsian Natipah Abu di laman Facebooknya memaklumkan bahawa orang ramai dialu-alukan untuk meghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga ini.

**Puan Natipah Abu ini merupakan seorang sukarelawan yang memberi bantuan berdaftar dan dipercayai.**

Keluarga ini memang di dalam senarai penerima apa saja bentuk bantuan yang kita uruskan selama ini. Bahkan kisah keluarga ini pernah mengisi slot Sedekah Jumaat kita pada 24 Mei 2019 ( 19 Ramadhan 1440H ) yang mana akadnya ialah bagi tujuan membaiki rumah mereka.

Bumbung rumah mereka bocor manakala sebuah bilik terbengkalai dan cuma berlantaikan tanah kerana tidak sempat disiapkan oleh arwah suami Puan Ida yang meninggal dunia secara tiba-tiba akibat serangan jantung tiga tahun yang lalu.

Puan Ida dan empat orang anaknya yang berusia 18, 15, 12 dan 11 tahun itu, terpaksa tidur di dalam keadaan berhimpit lelaki dan perempuan di ruang tamu.  Alhamdulillah , berkat Sedekah Jumaat kita di bulan Ramadhan Al Mubarak tahun lalu itu, telah membolehkan kita menganggantikan keseluruhan bumbung rumah yang bocor.

Sebuah bilik yang berdindingkan papan playwood yang reput juga telah kita gantikan dengan dinding konkrit dan rumah itu kini ada dua buah bilik tidur.

“Hari ini, sekali lagi kisah keluarga Puan Ida kembali memberi ruang untuk kita mencari keberkatan hidup…”

Tiga orang anak yatim ini bergelimpangan di atas jalan raya terlibat dalam kemalangan …

Hari ini, sekali lagi kisah keluarga Puan Ida kembali memberi ruang untuk kita mencari keberkatan hidup. Berkongsi rezeki demi mempermudahkan urusan beliau setelah tiga orang anaknya kini terbaring dalam keadaan sakit di rumah akibat kemalangan.
14 Ogos lalu.

Tiga orang anak yatim ini bergelimpangan di atas jalan raya setelah motosikal yang ditunggang oleh Abang sulung mereka dan diboncengi oleh dua orang adik itu, merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang tiba-tiba membelok memasuki simpang tanpa memberikan lampu isyarat.

Kejadian yang berlaku jam 8. 30 malam itu, menyebabkan ketiganya cedera parah dan terpaksa dirawat di hospital selama beberapa hari.

Abang ( 18 tahun ) itu mengalami patah tangan dan menerima beberapa jahitan di lutut dan bibir.  Adik perempuannya Nurliaya ( 12 tahun ) pun mengalami patah tangan. Mujurlah tiada sebarang kecederaan lain ditubuhnya. Adik bongsu mereka, Mohd Afiq ( 11 tahun ) pula, tidak mengalami sebarang kecederaan yang parah selain bengkak di tubuh tetapi anehnya sehingga ke hari ini, dia tidak boleh bangun lagi.

Menurut saksi, tubuh di adik telah tercampak dan melambung di atas jalan raya. Ketika kejadian, mereka di dalam perjalanan pulang ke rumah datuk yang terletak tidak jauh dari rumah mereka.

Kini, mereka sekelurga terpaksa tinggal di rumah datuk buat sementara waktu kerana Puan Ida memerlukan bantuan ibu dan ayahnya untuk menguruskan anak-anak selain sokongan moral untuk kekuatan semangatnya.

Mujurlah, ada seorang lagi anak perempuannya ( 15 tahun ) yang tidak terlibat dalam kemalangan ini. Beliaulah yang banyak membantu ibu dalam menjaga dan merawat adik beradiknya yang sakit itu.

Maka itu, Sedekah Jumaat kita hari ini, kita niatkan untuk mengumpul sumbangan kepada Puan Faridah bagi kegunaan merawat kecederaan anak-anak terutama si adik yang masih tidak boleh bangun itu.

Puan Ida juga terpaksa berhenti dari tugasnya mengasuh dua orang kanak-kanak selepas ini kerana perlu menguruskan anak-anak dan memenuhi temujanji rawatan susulan di hospital bagi ketiga beradik ini.

Dengan itu, Puan Ida akan kehilangan salah satu punca pendapatannya selama ini selain ZAKAT KEDAH dan JKM.

Semoga dengan kesemuafakatan jariah kita hari ini, akan mempermudahkan dan meringankan penanggungan Puan Ida yang sedang diuji ini. InsyaAllah .. satu kita beri, sepuluh Allah ganti. Jumaat yang barakah, salam dan selawat buat Junjungan Besar kita …

SEDEKAH JUMAAT.
MANGSA KEMALANGAN.
SASARAN RM5K.
SUMBANGAN MAYBANK NATIPAH ABU 552107617521

**Atau hubungi Puan Faridah (Ibu) di talian 011-24062887 untuk sebarang pertanyaan dan bantuan.**

 

Sumber: Natipah Abu

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang