Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail

(Video) Detik Mendebarkan Puluhan Kereta ‘Ditelan’ Lubang Besar Akibat Runtuhan Jalan

Sebanyak 21 buah kereta telah ‘ditelan’ masuk ke dalam sebuah lubang di laluan jalan raya di barat daya China, lapor Daily Mail.

Pihak berkuasa mengatakan bahawa tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan di dalam kejadian itu yang berlaku tepat pada tengah malam Rabu lalu.

Memetik laporan Daily Mail, jalan seluas 500 meter persegi (5,380 kaki persegi) itu telah runtuh dan punca kejadian sedang disiasat.

Gambar via Daily Mail

Rakaman yang dikeluarkan oleh stesen TV wilayah SCTV itu menunjukkan kenderaan yang diparkir ‘menghilang’ di dalam lubang jalan tersebut.

Kejadian itu dipercayai berlaku di luar sebuah pusat membeli-belah di Cuibai Avenue di Yibin iaitu sebuah bandar raya yang mempunyai sekitar 5.5 juta orang.

Gambar: Daily Mail

Penyelamat telah dihantar mencari mangsa yang mungkin berada di situ namun tiada sesiapa yang ditemui tercedera dalam kejadian itu.

Pakar telah memeriksa tanah berhampiran lokasi kejadian dan menganggapnya selamat untuk digunakan oleh penduduk.

Gambar Via Daily Mail

Pihak berkuasa mengatakan bahawa mereka sedang menjalankan siasatan lebih lanjut mengenai punca kejadian itu.

Gambar Via Daily Mail

Dalam pada itu, wilayah Sichuan telah dilanda hujan lebat pada bulan ini. Air banjir telah mencapai hujung kaki Buddha Raksasa Leshan yang terkenal berhampiran Yibin pada Rabu lalu untuk pertama kalinya dalam 70 tahun.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa