Siakap Keli
Kredit gambar: Google

Isu Langgar SOP: Khairuddin Mohon Maaf, Akan Pulangkan Semua Gaji Mei Hingga Ogos Sebagai Rasa Tanggungjawab

PUTRAJAYA, 22 Ogos – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesalahan melanggar SOP PKPP.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya sedia bertanggungjawab untuk akur kepada peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Sebagai menzahirkan rasa bertanggungjawab itu, saya juga dengan ini akan memulangkan semua gaji saya sebagai menteri untuk Mei hingga Ogos 2020 sebagai sumbangan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung COVID-19) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM).

“Gaji Mac dan April 2020 juga telah disumbangkan sebelum ini ke tabung tersebut sebagaimana keputusan kabinet sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, jelas Khairuddin, beliau akan bekerja keras dan melipatgandakan lagi usaha dan tenaganya dalam melaksanakan tugasan serta amanah sebagai menteri.

“(Ia) bagi memastikan semua rakyat yang terlibat di bidang perladangan dan komoditi, khususnya lebih sejuta pekebun kecil B40 sentiasa mendapat manfaat dan terbela kebajikan mereka,” tambah kenyataan itu lagi.

Terdahulu, Khairuddin telah dikompaun oleh KKM sebanyak RM1,000 pada 7 Ogos lalu atas kesalahan melanggar arahan kuarantin 14 hari sebaik pulang dari Turki.

Sumber: Facebook Rasmi Ust. Dr. Khairuddin At-Takiri

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.