Siakap Keli
cuci mesin basuh
Kredit: Khairul Abdullah

Mudah & Murah, Lelaki Kongsi Tips Cuci Mesin Basuh Hingga Berkilat Guna Tiga Bahan Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hampir setiap rumah mempunyai mesin basuh untuk mencuci pakaian. Ia merupakan satu peralatan penting yang menjadi satu keperluan dalam memudahkan kerja-kerja rumah.

Hanya perlu masukkan baju, sabun, dan programkan mesin, anda sudah boleh melakukan tugasan lain ketika ia membasuh pakaian anda.

Namun, mungkin ramai yang terlepas pandang untuk membasuh mesin basuh. Jadi, mari kita belajar cara membersihkan mesin basuh untuk memastikan pakaian kita menjadi lebih bersih untuk cucian seterusnya.

Jom baca tips dikongsikan saudara Khairul Abdullah di bawah.

Aku cuci mesin basuh aku ni setiap 2-3 minggu sekali.

Itu pun tiap kali cuci air dia akan berwarna sedikit dan tetap berbuih juga walaupun tiada baju dan tak masukkan sabun pencuci. Sebabnya tiap kali basuh baju, akan ada saki baki sabun dan kotoran yang tertinggal kat dalam mesin tu.

Jadi lagi kerap basuh lagi banyak sisa sabun dan sisa kotoran tertinggal dalam tu. Jadi kalau rajin setiap minggu boleh cuci, aku jenis malas maka 2-3 minggu sekali.

Boleh je beli segala jenis pencuci khas kat Shopee tu atau aku suka guna baking soda dengan cuka je. Beli jenama Meriah tu dalam tiga ringgit lebih pastu campur cuka sebotol aku tak ingat harga dia. Boleh guna banyak kali. Dan kalau ada clorox pun lagi bagus jugak.

Cara dia mudah yakmat. Untuk muatan atas atau muatan depan pun sama sahaja.

1. Masukkan baking soda dan cuka

Masukkan setengah cawan baking soda ke dalam tub/drum, dan masukkan 1 cawan cuka ke dalam bahagian sabun pencuci tu. Set “clean tub” kalau ada atau set pada basuhan yang paling lama sekali.

Kalau mesin yang ada tetapan air panas maka set air paling panas, dan biarlah dia berpusing-pusing tanpa kain baju dalam tu.

Sesekali datang periksa tengok warna air, seram ke tidak.

Dah siap basuh buka penutup dan biarkan.

Baking soda boleh dibeli di Shopee dan LAZADA.

Cuka boleh dibeli di Shopee dan LAZADA.

2. Pusingan kedua

Kalau ada peluntur klorox tu boleh buat satu pusingan lagi. Masukkan setengah cawan peluntur dalam tempat sabun tu dan basuh dengan air panas atau set basuhan yang paling singkat dan biarkan.

Cukup 2 pusingan ni maka mesin basuh tu kira cun dah.

Kalau takde jangan risau.

Clorox boleh dibeli di Shopee dan LAZADA.

3. Cuci ruangan sabun

Tempat letak sabun, pelembut tu pun jangan biar berkerak. Tray tu biasanya boleh cabut dan keluarkan. Jadi cuci bersih-bersih dan bilas dengan peluntur. Bahagian mana yang nampak dan boleh cuci maka cucilah.

Kena rajin sikitlah kalau nak pakaian kita sentiasa bersih.

Lepas tu basuh baju lepas ni mesti wangi. Sebelum ni letak sabun paling wangi dengan pelembut paling best pun tak berapa nak wangi ye dak?

Moh ler kite pakat cuci mesin basuh selalu, agar pakaian kita sekeluarga dijamin bersih suci dan bermutu.

Wahh macam iklan makanan pulak dah.

Kredit: Khairul Abdullah
Air tu tetap berbuih macam letak sabun, padahal tak pun. Ada nampak warna gelap sedikit air tu. Itu cuci setiap 2-3 minggu, kalaulah tak pernah cuci langsung, mau hitam kot. (Kredit: Khairul Abdullah)
Kredit: Khairul Abdullah
Kredit: Khairul Abdullah

Sumber: Khairul Abdullah

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.