Siakap Keli
ตุ้มเม้งแมวแพนด้า&คาพ้วงแมวเชื้อรา

Comel Tompok Merah Di Pipi, Foto Terbaru Kucing Digelar ‘Pikachu’ Tarik Perhatian Ramai

Tempoh hari, telah tular gambar seekor kucing yang dilumurkan dengan kunyit bagi merawat jangkitan kulat seperti yang pernah didakwa sebelum ini.

Rata-rata warganet yang melihat gambar itu kemudiannya telah menyamakannya dengan satu karakter animasi kegemaran kanak-kanak iaitu Pikachu.

Gambar yang memaparkan kucing tersebut serba kuning seperti yang telah dimuat naik oleh sebuah laman Facebook di Thailand itu telah menjadi tular sebelum ini.

Namun kini, setelah ianya disamakan dengan Pikachu, sebuah laman Facebook Thailand yang lain telah memuat naik gambar kucing itu dengan menambah filter tompok merah pada bahagian pipinya bagi menampakkan ia seakan Pikachu.

Hasil daripada perkongsian tersebut, ianya telah menjadi tular dan telah mendapat lebih 3 ribu perkongsian di laman sosial Facebook.

Gambar: ตุ้มเม้งแมวแพนด้า&คาพ้วงแมวเชื้อรา

Menurut laman Facebook berkenaan, tompokan warna merah disesuaikan pada bahagian muka kucing tersebut agar ianya kelihatan seperti Pikachu yang sebenar.

Gambar: ตุ้มเม้งแมวแพนด้า&คาพ้วงแมวเชื้อรา
Gambar: ตุ้มเม้งแมวแพนด้า&คาพ้วงแมวเชื้อรา
Gambar: ตุ้มเม้งแมวแพนด้า&คาพ้วงแมวเชื้อรา

Kucing dengan badan yang berwarna kuning ini tular sebelum ini selepas tubuh badannya yang dipenuhi dengan kunyit berjaya menambat hati warganet. Ramai juga yang menganggap bahawa warna tersebut sangat comel terhadap tubuh kucing tersebut.

Sumber: ตุ้มเม้งแมวแพนด้า&คาพ้วงแมวเชื้อรา

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa