Siakap Keli
Gambar Hiasan(Kanan) via Google

“Nasib Baik Tak Terbakar,” Anak Kucing ‘Terselamat’ Walau ‘Tempuh’ Perjalanan 48km Di Bahagian Enjin Kereta

Seekor anak kucing yang telah berjaya diselamatkan dari bawah bonet sebuah kereta didapati masih hidup selepas mengharungi perjalanan sejauh 30 batu bersamaan 48 kilometer dan kelajuan sekitar 65 kmj.

Kereta yang dipandu oleh seorang wanita itu dikatakan menuju ke rumah ibunya di Neston dari rumahnya di Winsford, Cheshire, lapor Daily Star.

Dia mendengar kucing mengiau di dalam kereta namun tidak menemui haiwan comel berusia tujuh minggu tersebut yang dipanggil sebagai Yaris.

Wanita itu juga mengatakan bahawa dia ada melihat Yaris di luar rumahnya pada malam sebelum kejadian namun kucing itu melarikan diri apabila didekati olehnya.

Gambar Via Daily Mail

“Kali terakhir saya melihatnya adalah semasa dia berada berdekatan dengan kereta. Saya tidak melihat atau mendengar suara kucing itu pada waktu pagi dan saya juga sudah memeriksa di bawah kereta namun tidak menemuinya.

“Saya kemudian memandu ke rumah ibu saya yang sejauh 30 batu. Dengan kelajuan 65 km/j, nasib baik tak terbakar”

“Saya tidak mendengar apa-apa di dalam kereta namun muzik semasa itu juga agak kuat,” katanya.

Gambar Via Daily Mail

Inspektor Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals (RSPCA), Caren Goodman-James berkata agak sukar untuk mengeluarkan kucing tersebut.

“Saya terpaksa berbaring di tanah dengan keadaan basah dan kotor ketika saya menggerakkan bahagian enjin sehingga kami dapat membebaskannya,” katanya.

Yaris kemudiannya dibersihkan dan akan tinggal bersama wanita itu sehingga ia menginjak dewasa.

Sumber: Daily Star

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa