Siakap Keli
Gambar Via Bangkok Post

Covid-19: Seoul Terus Catat Peningkatan Kes, 154 Lagi Jangkitan Dilaporkan

SEOUL, 27 Ogos (Bernama) — Kes baharu COVID-19 di Korea Selatan mencecah rekod tertinggi pada Khamis dengan 154 kes dilaporkan berbanding 151 pada Selasa,  menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC).

Agensi berita Yonhap melaporkan, kes di Korea Selatan meningkat berikutan jangkitan daripada kluster gereja dan demonstrasi besar-besaran di pusat bandar Seoul pada 15 Ogos.

Kes harian kebanyakannya kekal pada tiga angka selepas menurun kepada 97 pada Ahad.

Jangkitan terbaru membabitkan satu kluster baharu yang dikesan di kawasan barat daya Seoul.

Sebanyak 23 jangkitan baharu dikesan di sebuah bangunan pangsapuri di Guro Ward, meningkatkan jumlah kes kepada 28. Jumlah itu merangkumi jangkitan di sebuah kilang daging di Geumcheon Ward dan seramai 20 pekerja disahkan positif setakat ini.

Jangkitan baharu juga dikesan di gereja-gereja seluruh bandar raya itu, di sebuah hospital di barat Gangseo dan institusi pendidikan sukan di utara Seoul.

Daripada 154 kes baharu, 65 jangkitan tidak dapat dikenal pasti puncanya.

— BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story