Siakap Keli
Gambar Via Google/ Rosie Zam

“Aduh Pijarnya Tangan,” Wanita Ini Kongsi Tips Mudah Nak Elakkan Panas CIli Meresap Ke Dalam Tapak Tangan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak lengkap rasanya jika tidak menggunakan cili di dalam setiap masakan. Manakan tidak, boleh dikatakan rata-rata penduduk di negara ini juga menggemari masakan pedas.

Namun, anda pasti tahu bahawa bukan senang untuk menangani kesan selepas menggunakan cili sebagai bahan dalam masakan.

Kebiasaannya, tangan pasti akan rasa berpijar selepas menumbuk atau memotong cili. Tidak kira cili padi atau cili kering, ia terkadang akan meninggalkan kesan dalam tempoh yang agak lama.

Dalam keadaan ini, perkara pertama yang dilakukan oleh setiap orang adalah pastinya dengan merendam tangan tersebut di dalam air sejuk. Malangnya, rasa pijar itu tetap dirasa.

Rupanya ada cara yang sangat mudah untuk menghilangkan rasa pijar tersebut. Menerusi kiriman yang dimuatnaik oleh Rosie Zam di Facebook, beliau berkongsi satu cara yang boleh digunakan sebelum memotong atau menumbuk cili.

Aduh pijarnya tangan. Itu yang selalu kita alami bila potong cili padi atau cili kering kan. Hari ni saya nak kongsikan tips untuk elakkan tangan menjadi pijar.

Gambar Via Google

Caranya mudah sangat sapukan tangan dengan sedikit minyak masak sebelum melakukan kerja memotong cili.

Gambar Via Google

Dengan cara ni dapat elakkan panas cili tu meresap ke dalam tapak tangan. Mudah kan.

Cuba tau.

Mudah sangat caranya, diharapkan tips ini boleh membantu anda terutama yang sering memasak.

Sumber: Rosie Zam

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa