Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Hati-Hati, Met Malaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Di 9 Buah Negeri Sehingga Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 6 petang ini.

Amaran yang dikeluarkan pada pukul 3.20 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dibadai ribut petir/hujan lebat sehingga jam 6 petang ini adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 6 petang ini:

Perlis

Kedah

Pulau Pinang: (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan)

Perak: (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak)

Pahang: (Tanah Tinggi Cameron dan Lipis)

Negeri Sembilan: (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin)

Johor: (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi)

Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan dan Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Kapit (Belaga), Bintulu, Miri (Subis) dan Limbang

Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat

Orang ramai yang pulang daripada tempat kerja pada petang ini diminta supaya berhati-hati terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka berlaku ribut petir.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa