Siakap Keli

Pusat-Pusat Hiburan Masih Tidak Dibenarkan Beroperasi & Pelancong Asing Masih Tidak Dibenarkan Masuk Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia yang memetik Perutusan Khas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muyiddin Yassin sebentar tadi bahawa pusat-pusat hiburan masih tidak dibenarkan beroperasi.

Hal ini kerana, tempat-tempat seperti ini sukar untuk mengamalkan amalan norma baharu seperti penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan lain-lain.

Selain itu, palncong asing masih tidak dibenarkan memasuki negara ini bagi tujuan melancong. Ini bermakna, sempadan negara kekal ditutup untuk tujuan melancong.

Acara sukan sudah boleh diadakan tetapi tidak melibatkan penonton dan peserta antarabangsa. Seperti kita semua tahu hari ini aksi Liga Malaysia bakal bersambung semula.

Sumber: KKM via Perutusan Khas

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)