Siakap Keli

(Video) Sempat Kongsi Video Terakhir, Adik Fawwaz Meninggal Dunia Selepas 14 Bulan Derita Dihempap Peti Ais

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kisah adik Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari, 6 tahun, yang terlantar sakit selama 14 bulan setelah dihempap peti ais di kediamannya di Nilai, mendapat perhatian ramai netizen yang tersentuh dan bersimpati.

Mangsa yang merupakan anak sulung dilahirkan sempurna tetapi sudah tidak mampu berdiri dan bertutur setelah tragedi tersebut menimpanya pada 13 Julai 2019 lalu.

Namun, hari ini, menerusi perkongsian ibunya, Siti Khadijah Daud di Facebook kira-kira empat jam lepas, adik Fawwaz dilaporkan telah kembali menghadap Ilahi.

Jenazah anak syurga itu akan dibawa ke rumah datuknya di Seremban sebelum dijangka dikebumikan pada jam 8 pagi esok.

Namun, lebih meruntun perasaan, video adik Fawwaz yang sempat dimuatnaik oleh bapanya, Mohd Bukhari Zainal Anuar kira-kira 10 jam yang lalu.

Siapa sangka, video tersebut merupakan kenangan terakhir adik Fawwaz sebelum dijemput pulang oleh Tuhan.

Kami doakan semoga arwah anak syurga Fawwaz dicucuri rahmat dan diberikan ketabahan kepada kedua-dua ibu bapanya dalam menghadapi ujian berat ini. Amin.

Sumber: Facebook Ct Khadijah Daud, Mohd Bukhari Zainal Anuar

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.