Siakap Keli
Gambar Via Sky News

29 Dilaporkan Maut Selepas Restoran 2 Tingkat Runtuh Dipercayai Ketika Sambutan Hari Jadi

Sekurang-kurangnya 29 orang dilaporkan maut selepas restoran dua tingkat runtuh semasa pesta sambutan hari jadi di China, lapor Sky News.

Kementerian Pengurusan Kecemasan China berkata 28 orang lagi cedera termasuk tujuh daripadanya parah.

Gambar Via CNA

Bangunan di bandar Linfen itu tiba-tiba runtuh pada hari Ahad dan puncanya masih belum diketahui.

Ratusan penyelamat melakukan pencarian sepanjang hari dalam operasi yang kini telah selesai. Jentera berat dan anjing terlatih juga digunakan.

Gambar Via Trtworld.com

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengumumkan akan memimpin penyiasatan punca keruntuhan tersebut.

Sumber: Sky News

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa