Siakap Keli
Gambar: Twitter

“Perkenankan Saya Mengucapkan Terima Kasih…” Mantan PM Jepun Balas Tweet Jokowi Dalam Bahasa Indonesia Jadi Tumpuan

Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe menulis satu ciapan di Twitter dengan menggunakan Bahasa Indonesia, baru-baru ini.

Abe membuat kenyataan tersebut berikutan Presiden Indonesia, Joko Widodo yang berkongsi satu ciapan tentang pengalamannya bertemu Perdana Menteri Jepun itu ketika di awal pemerintahannya.

“PM Abe adalah pemimpin dunia pertama yang saya jumpa ketika saya mengambil alih pejabat Presiden Indonesia pada 2014. Di bawah hubungan bersamanya, kita menyaksikan hubungan dua hala yang lebih erat antara Indonesia-Jepun.

“Terima kasih @AbeShinzo @JPN_PMO untuk persahabatan anda. Berharap agar kamu sentiasa dalam kesihatan yang baik,” kata Jokowi dalam ciapan tersebut.

Mengimbas kembali, Abe telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Jepun pada 28 Ogos lalu berikutan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Beliau dilaporkan menderita penyakit radang usus kronik dan turut mendakwa tahap kesihatannya mulai merosot sejak pertengahan bulan lalu.

“Saya tidak mahu penyakit ini membawa kepada kesalahan polisi dalam kerajaan.

“Saya perlu melawan penyakit dan dirawat dan saya tidak berada dalam keadaan yang sempurna dari segi keadaan kesihatan,” katanya, memetik laporan CNBC.

Sumber: Twitter, CNBC

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'