Siakap Keli

Amaran Ribut Petir Dan Hujan Lebat Diramal Melanda Kawasan di 7 Negeri Sehingga Jam 6 Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan notis amaran ribut petir di tujuh negeri termasuk Sabah dan Sarawak sehingga jam 6 petang ini.

Antara negeri yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat adalah di Perlis, Kedah (Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Kerian, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Jeli, Gua Musang) serta Terengganu (Hulu Terengganu).

Selain itu, kawasan dijangka turut terjejas ialah Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Rompin), Selangor (Hulu Selangor), Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi, Johor Bahru).

Sementara itu bagi negeri Sarawak, beberapa daerah turut teribat iaitu Kuching (Kuching), Seria (Serian), Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song, Kapit), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri, Marudi) dan Limbang.

Manakala bagi negeri Sabah, Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau, Tambunan), Pantai Barat dan Kudat (Kota Marudu) serta Labuan.

Orang ramai dinasihatkan agar lebih berwaspada serta peka dengan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia di laman web www.met.gov.my.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.