Siakap Keli

Uncle Kentang Kongsi Kisah Sebak, Temui Pemuda Hidap Kanser Pakai Kasut Koyak Nak Ke Institut Kanser Negara

Tabah hadapi ujian, seorang lelaki tetap bersyukur walaupun hanya mempunyai sepasang kasut yang hampir terputus untuk dipakai.

Pemuda dari Jelebu itu dikatakan ingin ke Institut Kanser Negara di Putrajaya bagi mendapatkan rawatan kanser yang dihadapinya.

Menurut Uncle Kentang atau nama sebenarnya, Kuan Chee Heng, pemuda itu juga tidak mampu untuk menyewa kenderaan untuk ke institut berkenaan.

Susulan itu, beliau telah menawarkan khidmat ambulans untuk mengambil dan menghantar pemuda berkenaan ke IKN.

Kasut pun tak mampu

“Tak apa lah uncle. Asal ada kasut. Koyak pun masih boleh pakai,” ujar pemuda yang mengalami sakit kanser nak ke IKN dari Bukit Rotan Jelebu.

Hati aku rabak lihat anak muda sakit kanser pakai kasut koyak ini ke IKN. Dah lah sakit kanser dan kasut pula koyak. Sedihnya. Mak beliau uzur dan tidak sihat. Beliau bertarung kanser seorang diri. Kita sediakan ambulans untuk ambil dan hantar ke IKN.

Beliau tak mampu nak sewa kereta atau teksi. Cukai jalan motosikal pula mati.

Perkongsian Uncle Kentang mengenai kisah pemuda ini membuatkan orang ramai tersentuh dan mendoakan beliau.

Semoga dipermudahkan urusan

Sedih tengok

Semoga cepat sembuh dan sihat sentiasa

Sumber: Uncle Kentang

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.