Siakap Keli

(Video) “Tom And Jerry” Versi Sebenar, Seekor Tikus ‘Ligan’ Kucing Cuit Hati Netizen

Satu video yang memaparkan gelagat seekor tikus dan seekor kucing seakan sedang bermain-main sesama sendiri seolah-olah berkawan telah menjadi tular di media sosial.

Video yang dikongsikan menerusi akaun Facebook China Daily itu bermula dengan gelagat tikus itu yang cuba mengejar seekor kucing berwarna oren atau lebih dikenali dengan panggilan ‘oyen’ dalam kalangan warganet lari daripada tikus tersebut.

Bukan sahaja itu, tidak lama kemudian selepas oyen menyorok daripada tikus tersebut, oyen pula yang dilihat mengejar tikus berkenaan.

Selepas daripada itu, tikus tersebut kembali mengejar oyen seolah-olah mereka sedang mereka sedang main kejar-kejar.

Video yang berdurasi selama 18 saat itu telah menjadi tular dan berjaya menghiburkan warganet di media sosial Facebook. Sehingga kini, ianya telah dintonton lebih sejuta kali oleh warganet.

Rata-rata warganet juga turut menyifatkan bahawa gelagat tikus dan kucing itu mengingatkan mereka kepada siri animasi terkenal bernama Tom and Jerry.

Malahan ada juga warganet yang menyatakan bahawa kedua haiwan berkenaan turut menonton siri animasi tersebut

Sumber: China Daily

Aqmal Ezany

I write what is right