Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ketika ini, isu udang dan ikan siakap menjadi perdebatan hangat antara dua negara, Malaysia dan Thailand.
Ia selepas Malaysia mula melaksanakan sekatan eksport makanan laut terhadap negara gajah putih itu, bermula 1 Jun lalu.
Bahkan, media Thailand turut melaporkan kerajaan akan membawa isu berkenaan ke Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan ASEAN untuk dibincangkan.
Bagaimanapun, dalam satu perkongsian seorang lelaki di Facebook Ezreen Muhaizie Marzukhi baru-baru ini mencuri perhatian ramai dengan pandangan yang diberikannya.
Isu ni lebih kurang “perang udang-ikan siakap” versi ASEAN.
Thailand mula-mula ketatkan kemasukan ikan siakap Malaysia ke Thailand atas alasan ada kebimbangan residu/kualiti.
Malaysia kemudian balas dengan mengetatkan kawalan import makanan laut dari Thailand, termasuk menggantung sementara import lima spesies udang Thailand mulai 1 Jun 2026.
Lima spesies udang yang terlibat ialah black tiger shrimp / giant tiger prawn, whiteleg shrimp, banana shrimp, brown tiger prawn, dan blue shrimp.
Selain udang, Malaysia juga mewajibkan Certificate of Analysis, CoA untuk siakap dari Thailand, maknanya setiap penghantaran perlu bukti ujian makmal bahawa ia mematuhi standard keselamatan makanan Malaysia.
Sebab Malaysia bukan pasaran kecil untuk udang selatan Thailand. Thailand eksport kira-kira 6,000 hingga 8,000 tan udang setahun ke Malaysia.
Jumlah tu lebih kurang 5% daripada eksport udang Thailand, dengan nilai yang dilaporkan boleh mencecah lebih 4 bilion baht setahun.
Bila laluan ini tersekat, udang yang sepatutnya masuk Malaysia menjadi risiko bertimbun dalam pasaran domestik Thailand, lalu menekan harga dan margin penternak.
Dari sudut Malaysia pula, naratif rasminya bukan sekadar “balas dendam”, tetapi reciprocity + food safety.
Malaysia kata sekatan udang kekal sehingga pihak Thailand beri jawapan rasmi lengkap terhadap soalan Malaysia berkaitan standard keselamatan makanan. Selepas itu barulah Malaysia akan nilai semula sama ada sekatan boleh ditarik atau diubah.
Yang menarik, isu siakap Malaysia di Thailand ada dua lapis.
Secara rasmi, Thailand kata ada kebimbangan residu selepas pemeriksaan terhadap siakap import Malaysia. Tapi laporan juga menyebut penternak ikan domestik Thailand mengadu siakap Malaysia lebih murah dan menekan harga tempatan. Jadi ada bau-bau “food safety” bercampur “protectionism” dalam kuah tomyam politik dagang ni.
Kesan segera kepada Thailand: persatuan udang Thai dan gabungan penternak udang sudah minta campur tangan segera daripada PM Anutin Charnvirakul.
Mereka bimbang notis yang singkat akan menjejaskan pendapatan eksport dan keyakinan bisnes, serta mampu menyebabkan lambakan udang dalam negara.
Eksport udang Thailand ke Malaysia pula akan jadi lebih mahal dan bekalan akan lambat kerana perlu tunggu ujian makmal CoA.
Pada saya, ini bukan sekadar pergaduhan udang vs siakap. Ini contoh klasik bagaimana standard keselamatan makanan boleh menjadi alat rundingan dagang.
Bila satu negara ketatkan pintu atas alasan kualiti, negara satu lagi boleh buka “laci peraturan” yang sama.
Dalam perdagangan makanan, sijil makmal, residu, biosekuriti dan pemeriksaan sempadan kadang-kadang lebih tajam daripada tarif.
Persoalannya, adakah menu tom yum kung lepas ni jadi ‘not available’ dalam buku menu restoran di Malaysia?
Kami ok je kalau ikan siakap Malaysia turun harga. Boleh lah buat bakar style Kuala Perlis mur-mur. Hehe