Siakap Keli

Warga Emas Didakwa Bunuh Isteri, Dipercayai Tertekan Mangsa Sering Minta Wang Belanja

KABUPATEN BANGODUA, INDONESIA: Seorang wanita yang berusia 65 tahun ditemui mati di bawah tempat tidur selepas penduduk kampung terhidu bau yang kurang menyenangkan.

Mayat mangsa telah ditemui pada 5 september.

Sebelum aktiviti pencarian oleh penduduk dilakukan, ada segelintir penduduk bertanya kepada suami mangsa tentang keberadaan isterinya, namun, suaminya menjawab isterinya tiada.

Pada mulanya, penduduk menghidu bau yang semakin kuat dari hari ke hari dan mereka telah berkunjung ke rumah mangsa untuk melihat bau apakah itu.

Penduduk telah mengetuk pintu rumah mangsa tetapi tiada yang menjawab lalu penduduk terpaksa memecahkan tingkap rumah itu.

Ketika penduduk membuat pencarian berkenaan dengan bau itu, penduduk amat terkejut kerana telah menemui badan manusia yang telah meninggal dunia.

Pada masa yang sama, suami mangsa yang berusia 70 tahun sedang duduk mengelamun di dalam bilik.

Penduduk telah menemui kesan tanah dikorek yang dipercayai mangsa telah dikuburkan di bawah tempat tidur.

Kejadian itu berlaku di Desa Bangodua, Kecamatan Bangodua, Kabupaten Indramayu, Jawa Barat, Indonesia.

Pihak polis telah melakukan siasatan berkenaan dengan kes ini.

Keterangan daripada penduduk kawasan itu mendapati bahawa mangsa telah meninggal dunia kira-kira 40 hari.

Pihak polis percaya bahawa, mangsa telah dibunuh oleh suaminya sendiri.

Ketika pihak polis menanyakan beberapa soalan kepada suspek, suspek sering memberi kenyataan yang tidak masuk akal.

“Suspek kesal dengan isterinya kerana mangsa sering meminta wang belanja daripadanya, suspek juga ketika itu tiada wang disebabkan tekanan itu, suspek telah bertindak untuk mencekik mangsa sehingga pengsan sebelum keluar daripada rumah selama 3 hari”, kata pihak polis.

Namun, apabila suspek telah pulang ke rumahnya, didapati isterinya telah meninggal dunia dan mayat itu sudah mula berbau.

Suspek hilang arah lalu mengambil keputusan untuk menguburkan mangsa di bawah tempat tidur dalam rumahnya.

Video daripada Youtube, Tribun Cirebon.

Sumber: Tribunnews

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.