Siakap Keli

Selepas Budak Bawa Kereta, Tular Video Aksi Kanak-Kanak Bawa Lori Pula Dipercayai Di Seremban

Setelah tular video kanak-kanak berusia sembilan tahun diburu polis kerana memandu kereta, kali ini bapa kepada seorang kanak-kanak lain pula diburu polis gara-gara memandu lori treler.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Said Bin Ibrahim, pihak polis kini sedang mengesan bapa dan kanak-kanak berkenaan bagi membantu siasatan.

“Hasil semakan lanjut mendapati kejadian tersebut adalah berlaku di kawasan Rantau, Seremban.

“Oleh yang demikian, satu laporan polis telah diterima berkait video yang tular itu kerana bapa kanak-kanak tersebut dengan cuai membiarkan anak bawah umur memandu lori treler,” katanya.

Siasatan masih diteruskan di bawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Semalam, sekitar jam 4.41 petang, tular video melalui aplikasi Whatsapp berdurasi 1.18 minit menunjukkan seorang kanak-kanak bawah umur memandu lori treler jenis HINO.

Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.