Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail

(Video) Detik 20 Pelancong Kecut Perut, ‘Roller Coaster’ ’Tergantung’ Secara Terbalik Di Udara Lebih Sejam

Seramai 20 orang pelancong telah menghadapi detik cemas apabila roller coaster yang dinaiki oleh mereka di sebuah taman hiburan di timur China mengalami kerosakan. Ia menyebabkan mereka terkandas dan ‘tergantung di udara’, lapor Daily Mail.

Tular di media sosial, rakaman yang dipercayai dirakam pada Sabtu lalu di sebuah taman hiburan di Wuxi, wilayah Jiangsu menyaksikan roller coaster yang penuh dengan penumpang itu tersangkut pada rel.

Gambar via Daily Mail

Para pengunjung dilaporkan telah tergantung secara terbalik selama lebih satu jam sebelum mereka diselamatkan oleh kakitangan taman itu.

Pihak taman hiburan terbabit mengeluarkan kenyataan pada Sabtu lalu dan berkata bahawa kesemua 20 orang pelancong tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian itu.

“Kakitangan di lokasi segera mengaktifkan rancangan kecemasan dan mengatur kesemua pelancong yang terkandas untuk meninggalkan kawasan fasiliti tersebut dalam keadaan selamat dan teratur,” kata kenyataan itu.

Gambar Via Daily Mail

Taman itu telah ditutup dan menawarkan bayaran balik kepada pengunjung yang telah membeli tiket terlebih dahulu.

Menurut media China, kejadian sama dilaporkan pernah berlaku di taman hiburan sama pada tahun lalu.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa