Siakap Keli
kenapa jalan raya condong
Kredit: Google

Jalan Raya Sebenarnya Memang Dibina Sedikit Senget, Jurutera Jelaskan Alasannya Yang Ramai Tak Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kalau kita perhatikan di sekeliling, setiap objek mempunyai ‘kejuruteraan’ sendiri. Daripada reka bentuk botol air hinggalah bangunan, kebanyakan bentuk dicipta dengan tujuan masing-masing.

Sebagai contoh, lekukan pada bahagian bawah botol minuman air berkarbonat. Ia berfungsi untuk mengukuhkan dan menstabilkan struktur botol di samping menjaga perubahan isi padu cecair di dalamnya.

Bercakap tentang reka bentuk, sebahagian kita mungkin perasan keadaan jalan raya atau lebuh raya yang sedikit senget. Bukan suka-suka, pembinaan ini mempunyai objektif tersendiri demi keselamatan pengguna.

Untuk penjelasan lebih lanjut mengenai kejuruteraan jalan raya, mari kita rujuk perkongsian jurutera dan Jurulatih AutoCAD, Nazmi Ismail.

Tahukah anda yang sebenarnya jalanraya dan lebuhraya direkabentuk sedikit senget?

Gambar: Nazmi Ismail

Yup, memang kebanyakan masa kita tidak perasan ketika memandu di jalanraya sebab ia sekadar senget sedikit sahaja.

Dalam kejuruteraan awam untuk rekabentuk jalanraya, jalan senget tersebut disebut sebagai Normal Crown, Remove Adverse Crown dan Full Superelevation.

Superelevation ini mewakili peratus kecondongan jalan tertinggi ketika selekoh. Jika selekoh ke kanan, jalan condong sedikit ke kanan. Jika selekoh ke kiri, jalan condong sedikit ke kiri.

Okay pertama, jom kita faham serba sedikit kenapa jalan ni dibina sedikit senget ya.

Untuk jalan yang lurus, bentuk keratan rentas jalan dipanggil Normal Crown di mana permukaan tertinggi adalah di tengah jalan dan titik terendah adalah di sisi kiri dan kanan jalan.

Ini berfungsi untuk menyuraikan air ke tepi jalan supaya tiada takungan air yang terbentuk di tengah jalan ketika hujan yang boleh menyebabkan bahaya pada kenderaan kerana tiada geseran antara tayar dan jalan.

Kredit: Google

Kemudian ketika melalui selekoh, bentuk keratan rentas jalan tersebut akan berubah secara beransur-ansur daripada Normal Crown menjadi Remove Adverse Crown dan akhir sekali Full Superelevation.

Fungsi Full Superelevation (seperti gambar lebuhraya dibawah) ketika memandu di selekoh jalan adalah untuk memastikan kenderaan dapat dipandu dengan selamat dan pada kelajuan yang lebih tinggi.

Ini kerana bila kenderaan melalui selekoh, akan terhasil daya emparan (centrifugal force) yang bertindak sebagai daya yang terhasil yang menolak kenderaan keluar dari selekoh jalan tersebut.

Tak tahu centrifugal force? Mudah je, tengok atlet baling tukul besi negara kita. Macam mana mereka berpusing banyak kali untuk menghasilkan centrifugal force yang kuat untuk melontar tukul besi.

Jadi, superelevation untuk jalan senget di selekoh inilah yang mengimbangkan daya centrifugal force tersebut untuk memastikan kenderaan yang dipandu selamat ketika melalui selekoh.

Peratusan kecondongan yang tinggi di jalan raya melindungi kenderaan dari ‘terlempar’ keluar dari selekoh jika dipandu pada kelajuan tinggi. (Kredit: Google)

Kadar peratusan kesengetan superelevation ini semakin bertambah mengikut kelajuan dan ketajaman selekoh jalan mengikut Arahan Teknik Jalan atau guideline yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) atau Lembaga Lebuhraya (LLM)

Kita ambil contoh perubahan dari jalan lurus kepada selekoh ke kanan. Remove Adverse Crown adalah di mana keratan rentas jalan memiliki permukaan rata dari sisi kiri ke tengah jalan dan permukaan terendah di sisi kanan jalan.

Kredit: Google

Full Superelevation pula adalah keratan rentas jalan dengan permukaan tertinggi pada sisi kiri jalan dan terendah pada sisi kanan jalan membentuk jalan senget untuk memastikan kenderaan melalui selekoh jalan ke kanan dengan selamat pada kelajuan tertentu.

Sebagaimana yang kita tahu, jalanraya dibina bengkang bengkok dan naik turun bukit bergantung kepada bentuk muka bumi, binaan-binaan yang tersedia dan halangan-halangan yang terdapat berdekatan jalanraya tersebut.

Inshaallah lepasni saya akan mengupas tentang horizontal alignment dan vertical alignment pula ya, all the best.

Rekabentuk jalanraya juga boleh dibuat menggunakan software Civil 3D, jika berminat nak belajar software Civil 3D boleh roger ya.

Artikel ini ditulis berdasarkan rujukan saya dengan sahabat-sahabat saya yang terlibat dengan projek pembinaan jalan dengan JKR, minta maaf jika ada kekurangan, boleh komen untuk tambahbaik.

Nazmi Ismail – Jurutera, Pengajar, Penulis

wa.me/60123405883?text=KursusCivil3D

Sumber: Nazmi Ismail

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.