Siakap Keli

Kenali Honda City “Hatchback” Generasi Pertama, Beli Kereta Dapat Sekali Skuter Boleh Lipat

Seperti kita tahu, model Honda City antara model yang popular yang menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk memiliki sebuah kereta import keluaran negara matahari terbit. Honda juga tidak perlu kita persoal lagi tentang kepakaran mereka mengeluarkan kereta-kereta dengan teknologi terkini.

Tapi tahukah anda, bagaimana rupa generasi pertama Honda City yang dikeluarkan syarikat pengeluar Honda? Jom kita beramah-mesra dengan Honda City generasi pertama. Honda Ciy yang pertama ini diperkenalkan pada bulan November 1981 dengan rekaan inovatif “Tallboy” kerana rekaannya yang membolehkan orang dewasa yang luar biasa tinggi untuk muat masuk dalam kereta hatchback yang sangat pendek pada zaman itu.

Honda City ini dikeluarkan dengan rekaan tiga pintu hatchback dan apa yang menarik ketika itu, pembeli boleh memilih varian yang didatangkan sekali dengan Motocompo iaitu skuter boleh lipat yang dimuatkan sekali di dalam boot kereta tersebut. Motocompo ini hadir dengan 50 cc dan 2.5 kuasa kuda. Ketika itu, Honda City generasi pertama ini adalah kereta Honda yang paling kecil pernah dihasilkan dan tidak menepati regulasi kerajaan Jepun.

Ketika kereta ini dieksport ke Eropah, namanya terpaksa ditukar kepada Honda Jazz kerana jenama kereta Opel memegang hak cipta untuk nama “City” pada ketika itu.

 

Sumber: GoMotors, Wiki

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)