Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Percutian merupakan momen yang paling best untuk orang yang ‘kaki jalan’ dan ‘kaki makan’. Tambah pula, bercuti dengan sahabat baik memang satu pengalaman yang paling indah dan bermakna. Mana taknya, merekalah yang ada saat kita susah dan senang. Jadi, apa salahnya kalau gelak ketawa pun bersama, tambah-tambah lagi bila pergi berjalan.
Walaupun hanya day trip, pasti seronok. Lebih tambah menarik jika korang pergi ke tempat-tempat permandangan yang cantik dan makanan yang murah sesuai untuk percutian ‘bajet’.
Menerusi satu perkongsian daripada Facebook, Aifa Najihah berkongsi pengalaman dan 10 tempat menarik untuk korang bercuti di Ipoh. Tak perlu nak ke luar negara, dalam Malaysia pun penuh tempat menarik yang perlu dikunjungi.
Memandangkan 20/8/2020 tu cuti sempena awal muharram jadi buat otak last minit p ronda-ronda Ipoh. Kami dari Penang ke Ipoh dan kawan-kawan lain dari Gua Musang ke Ipoh. Bajet kurang dari RM 100 okay untuk DAY TRIP ni.
Kami bertolak dari Penang pukul 6.30 pagi sampai Ipoh 8.30 pagi terus pergi breaskfast dekat restaurant New Hollywood. Dekat sini, korang kena pergi pagi kalau lambat kena tunggu meja. Jadi, makanan dekat sini ada macam-makan korang tuggu pilih je. Makanan dekat sini murah, so I recommended.
Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak.

**Bajet makan RM 5 je sorang. So, korang tontong ramai-makan dapat lah makan macam-macam.\

Next, kami pergi Tasik Cermin. Dekat sini, korang kena bayar parking sahaja RM 5. Kalau nak pergi dekat tasik tu, korang kena jalan masuk baru sampai tasik cermin. Ingat jangan pakai kasut tumit tinggi jalan berbatu dan berpasir. Nanti jatuh susah pula nak kena angkatkan, tak jadi day trip.
Dah penat dah redah jalan berbatu. So, kami p Concubine Lane untuk pekena ice cream and roti tarik. Sini, korang boleh jalan kaki jee kedai dekat-dekat.

Dekat sini ada jual hokkaido ice cream jugak! Tapi harganya lebih mahal.
Ais kepal RM5

Ice cream roses RM 9

Satu set roti RM 20.50 sekali air
Yang ni masuk free je..
Nak beli Hokkaido ice cream puff Ipoh, korang kena cuba dekat kedai ni. Ice cream puff RM 4.50 je untuk satu ice cream berbaloi sedap sangat gais.

Makanan dekat sini anggaran RM5.00-RM 20

Lepas tambah kalori dekat nasi Vanggey, kami p bakar kalori. So, kami pergi Kellie’s Castle. Perjalanan ni anggaran 30 minit jugak. Sini cantik untuk OOTD
Harga untuk entrants Rm 5/pax. (Parking RM 2)

Sekian lama dekat Kellie’s Castles kalori pun dah terbakar dah. Apa lagi, kami p makan lagi dekat restauran Di Naina.
Sini kami makan roti nan je, harga satu set roti cheese dengan ayam tandoori rm 14.50.

Jadi, trip kami berakhir jam 7.30pm, masing-masing dah penat seharian berjalan dan makan! Maka, kami pulang ke Penang dan Gua Musang.
Sumber: Aifa Najihah