Seperti yang diketahui, hampir setiap hari hujan akan turun membasahi kawasan lembah Klang.
Terbaru, ekoran dari hujan lebat yang berterusan sejak pukul 1 tengah hari tadi, beberapa kawasan di Kuala Lumpur dilaporkan mengalami banjir.
Menurut laporan Bernama, banjir tersebut menyebabkan kesesakan teruk di jalan-jalan utama di bandar raya.
Menurut kiriman yang dikongsikan oleh Info Roadblock JPJ/POLIS pula, dapat dilihat beberapa orang bomba sedang menyelamatkan beberapa buah motor yang tenggelam akibat banjir kilat di sekitar Menara Bank Muamalat belakang LRT Masjid Jamek.
Sumber: BERNAMA TV