Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bila sebut sahaja tentang sambung belajar di tengah-tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur, perkara pertama yang muncul dalam kepala ramai orang mestilah…
“Mahal ke?”, “Mesti sesak gila jalan nak ke kelas?”, atau “Mampu ke aku nak survive kat sana?”.
Tanggapan-tanggapan negatif sebegini sering membuatkan ramai pelajar lepasan SPM, STPM, malah golongan bekerja, rasa ragu-ragu untuk memilih universiti di tengah kota.
Tapi adakah tanggapan ini benar-benar tepat, atau sekadar ‘mitos’? Kami berbual dengan beberapa pelajar dan alumni yang pernah melalui sendiri pengalaman belajar di tengah kota, antaranya di Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), yang terletak betul-betul di tengah KL. Jawapan mereka mungkin sedikit berbeza daripada apa yang ramai sangkakan.
“Dulu saya pun takut, tapi rupa-rupanya…”
Ramai akui, pada mulanya memang ada rasa takut dan skeptikal dengan hidup di KL yang dianggap ‘keras’. Tapi bila dah lalui sendiri, ceritanya lain.
“Mula-mula saya ingat duduk KL ni mahal dan menyusahkan. Rupa-rupanya sebab kampus tengah bandar, saya tak payah pening kepala pasal kereta atau minyak. Naik LRT je terus sampai. Kos hidup pun boleh diurus kalau kita pandai atur,” kongsi seorang bekas pelajar.
Menurutnya, belajar di tengah KL sebenarnya memberikan satu kelebihan yang tidak ada pada kampus di kawasan terpencil, iaitu aksesibiliti. Lokasi yang strategik bermakna pelajar tidak perlu fikir pasal kos minyak, kos selenggara kenderaan, atau kos parking yang tinggi. LRT, bas dan komuter yang ada di sekeliling umpama bonus percuma setiap hari.

Apa yang lagi menarik, pelajar yang menuntut di tengah KL seperti pelajar UNIRAZAK bagaikan sudah mendapat pendedahan awal tentang dunia kerjaya sebenar. Kampus dikelilingi syarikat-syarikat besar dan ternama, jadi pelajar dah biasa dengan suasana dan budaya kerja profesional sebelum pun bergraduat.
Tanggapan lain yang sering berlegar pula ialah belajar di universiti swasta membebankan dari segi masa. Namun, ramai mendapati sebaliknya. Pilihan pembelajaran kini lebih fleksibel sebab ada kelas secara dalam talian, ada yang fizikal, malah ada kelas hujung minggu yang membolehkan golongan bekerja terus mengekalkan kerjaya tanpa terganggu.
Fleksibiliti inilah yang menarik ramai profesional untuk kembali ke kampus. Di UNIRAZAK contohnya, program pascasiswazah seperti Master in Information Technology dan Master of Education menjadi pilihan mereka yang ingin menaik taraf kerjaya sambil terus bekerja.
Selain kursus akademik yang diiktiraf MQA, terdapat juga kursus TVET bagi yang mahukan kemahiran teknikal yang lebih praktikal dan laku di pasaran kerja.
Inilah bahagian yang paling ramai salah anggap. Ramai yang ingat nak daftar universiti swasta di KL memerlukan ribuan ringgit.
Hakikatnya, tidak. Di UNIRAZAK, misalnya, , anda boleh mula mendaftar dengan kos serendah RM100 sahaja! Ini satu inisiatif yang sangat membantu, terutamanya bagi anak muda yang baru nak bertapak atau ibu bapa yang sedang merancang bajet pendidikan anak-anak.
Tambahan pula, terdapat pelbagai bantuan biasiswa yang disediakan untuk memastikan setiap pelajar berpeluang mengejar cita-cita tanpa halangan kewangan.
Tak salah untuk skeptikal, tapi seperti yang dikongsikan ramai pelajar, sesetengah ‘mitos’ tentang belajar di tengah KL mungkin tak setepat yang disangka.
Bagi anda yang masih mencari hala tuju atau ingin menilai sendiri kemudahan yang ditawarkan atau nak tinjau kampus, UNIRAZAK akan mengadakan beberapa sesi Hari Terbuka (Open Day):
Open Day ini turut terbuka kepada bakal pelajar pascasiswazah, termasuk mereka yang berminat dengan program Master in Information Technology dan Master of Education. Jadi sama ada anda baru lepas SPM/STPM atau seorang profesional yang nak sambung pengajian, ada tempat untuk anda di sini.
Tarikh: 19 & 20 Jun 2026 dan 3 & 4 Julai 2026
Masa: 10:00 pagi – 4:00 petang
Lokasi: Kampus UNIRAZAK, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Buat yang mendaftar pada hari tersebut, pihak UNIRAZAK turut menyediakan rebat yuran sehingga RM500.
Open Day pertama hanya tinggal beberapa hari lagi, jadi tandakan terus tarikh ini dalam kalendar anda sebelum terlepas!
Masa depan anda adalah pelaburan yang paling berharga. Jadi, jangan biarkan ‘mitos’ mengarut ini menghalang anda daripada mendapat pendidikan terbaik di tengah hub ekonomi negara.
Datang dulu, tanya, dan lihat sendiri kenapa UNIRAZAK menjadi pilihan utama untuk melahirkan graduan yang industry-ready!
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, layari unirazak.edu.my dan jumpa anda di sana!