Siakap Keli
Gambar: Izrul Mat Taib

(Video) Luahan Lelaki Bawa Anak “Wish Anniversary” Di Pusara Isteri Undang Rasa Sebak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Masihkah anda ingat lagi, seorang lelaki bernama Izrul Mat Taib yang kehilangan isteri tercinta ketika masih berpantang pada awal tahun ini?

Arwah isterinya, Norehan Zainal meninggal dunia pada 14 Januari lalu kerana mengalami kompilasi darah beku di jantung.

Lebih memilukan, arwah isterinya ‘pergi’ ketika 40 hari dalam berpantang, sementara anak kecil mereka, Annur Ayesha baru sahaja ingin mengenal dunia.

Maka bermula detik itu, segala urusan menjaga, mengurus, membesarkan dan sebagainya terpikul di bahunya sebagai bapa tunggal hingga ke hari ini.

Dan kelmarin, bertarikh 8 September 2020 merupakan ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua.

Dengan penuh nostalgia mengulit memori, Izrul membawa anaknya, Ayesha ke pusara arwah isteri tercinta untuk menyampaikan ucapan khas sempena ulang tahun mereka.

Gambar: Izrul Mat Taib

Hari ini ulang tahun perkahwinan kita sayang yang ke-2 tahun. Sedih tak dapat sambut dengan awak.

Tahun lepas pun kita sambut biasa-biasa saja awak cakap takpa tahun depan kita sambut bertiga meriah sikit sebab ada anak, tapi tahun ini kita sambut kat sini saja, cuma alam kita berbeza.

Kadang hati ini rasa redha kadang tak. Saya sayaaang awak sangat-sangat. Terbayang-bayang awak ada lagi dengan saya.

Gambar: Izrul Mat Taib

Dah lama nak melawat awak tapi hari ini saya ambil cuti nak bawa Ayesha jumpa awak sebab hari ini ulang tahun perkahwinan kita.

Kadang saya rasa down sangat-sangat tapi hidup perlu diteruskan, harap awak damai la di sana dan semoga awak ditempatkan di kalangan orang beriman.

Semoga satu hari nanti kita dapat berkumpul keluarga kecil kita nanti di syurga.

Saya dengan Ayesha sayang awak sangat-sangat. Awak sentiasa di hati saya.

Love you sayang..

#8-9-18
#8-9-2020
#ulangtahunperkahwinanke2
#sayatetapsayangawak

Gambar: Izrul Mat Taib

 

Gambar: Izrul Mat Taib

Sumber: Izrul Mat Taib

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.