Siakap Keli

(Video) Raih Lebih 180 Ribu Tontonan, Abang Kena Kejar ‘Sekumpulan’ Kucing Buat Ramai Terhibur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Gelagat kucing kadang-kadang seperti seorang kanak-kanak kecil yang lincah bermain sehingga membuatkan kita tidak kering gusi. Ya, kucing merupakan seroang haiwan peliharaan yang memiliki sifat manja.

Kucing juga akan membuatkan tuan peliharaan tidak mudah stress dan hilang letih bekerja dengan aksi-aksi ‘cute’ mereka.

Seperti satu video yang tular di laman Twitter Fazira ini membuktikan bahawa gelagat kucing peliharaan mengejar abangnya memang lucu dan menarik perhatian warganet.

Difahamkan menerusi vidoe tersebut, pemuda itu kelihatan sedang berlari berkejaran bersama kucing-kucing peliharaannya. Apa yang menjadi tarikan pada kucing tersebut adalah bekas plastik yang dipegang oleh pemuda tersebut iaitu makanan kucing.

Rakaman tersebut mendapat lebih daripada 180, 000 tontanan umum, 12.3 ribu ulang kicau dan lebih 16.9 tanda suka di laman Twitter.

 

Sumber: Faziera

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang