Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Abang Ni Kongsi "First Time" Buat Cekodok, Terhibur Baca Komen Netizen

first time cekodok
Kredit: Threads @m.fiq._

Abang Ni Kongsi "First Time" Buat Cekodok, Terhibur Baca Komen Netizen

Kalau tiba-tiba teringin nak makan sesuatu, memang susah nak tahan. Lagi-lagi bila makanan yang terbayang di kepala tu makanan panas-panas yang baru keluar dari dapur.

Nak beli di luar? Boleh saja. Tapi harga makanan sekarang pun kadang-kadang buat kita fikir dua tiga kali. Sebab itulah ramai memilih untuk masuk dapur dan cuba buat sendiri.

Lagipun, zaman sekarang semuanya mudah. Nak cari resipi? Buka sahaja Google, TikTok atau YouTube. Beribu-ribu video dan tutorial boleh dijadikan panduan.

Tapi, seperti yang selalu orang kata, memasak bukan sekadar ikut resipi. Kadang-kadang nampak mudah, tapi bila cuba sendiri, hasilnya boleh jadi lain macam.

Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki ini apabila cubaan pertamanya membuat cekodok untuk isteri bertukar menjadi bahan gurauan netizen.

"POV: Aku first time buat cekodok, bini aku takut nak makan..."

Baru-baru ini, satu perkongsian oleh pengguna Threads, @m.fiq._, mencuri perhatian ramai.

Dalam hantarannya, lelaki tersebut berkongsi gambar hasil cubaan pertamanya membuat cekodok, salah satu kudapan kegemaran rakyat Malaysia yang sering dinikmati ketika minum petang.

Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah kerana bentuknya yang agak 'sukar dijelaskan'.

Malah, lelaki itu sendiri mengakui isterinya kurang yakin untuk mencuba hasil air tangannya.

Kredit: Threads @m.fiq._

"Confirm eh cekodok?" - Netizen

Gambar yang dikongsikan itu segera menjadi perhatian ramai. Seperti biasa, netizen Malaysia memang terkenal dengan kreativiti mereka apabila mengeluarkan komen-komen yang mencuit hati.

"Confirm eh cekodok? Tapi okaylah bang as suami. Kita belajar masak untuk isteri tercinta. Bahagiakan isteri, itu sunnah."

"Laki aku pun pernah masak macam-macam tapi semua macam menggerunkan. Jadinya dia resign terus."

"Biar ni yang terakhir you buat ok. Let your wife je buat lepas ni…"

"Abang boleh pergi jauh ni, jauh dari dapur..." - Netizen

Kadang-kadang tengok video masakan lima minit memang nampak mudah. Tapi bila cuba sendiri, barulah tahu rupa-rupanya bukan semua yang nampak senang itu benar-benar senang.

Tapi, itulah seronoknya belajar memasak. Ada yang menjadi, ada yang tersasar jauh daripada perancangan.

Apa pun, netizen nampaknya masih belum mencapai kata sepakat sama ada hasil ciptaan abang ini benar-benar cekodok atau spesies baharu yang belum didaftarkan.

Tetapi satu perkara yang pasti, walaupun cekodok itu gagal memikat selera isteri pada percubaan pertama, ia berjaya membuat ribuan netizen terhibur.