Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Tanya Tahap 'Kepochi' Netizen, Ratusan Komen Buat Ramai Terhibur

Azzwin
kepochi
Kredit: Flow/AI
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Wanita Tanya Tahap 'Kepochi' Netizen, Ratusan Komen Buat Ramai Terhibur

Tidak dinafikan, setiap individu mesti mempunyai sikap ingin tahu atau lebih mesra dipanggil 'kepo' atau 'kepochi'.

Istilah yang popular digunakan dalam percakapan harian rakyat Malaysia itu merujuk kepada individu yang gemar mengambil tahu atau mengikuti perkembangan sesuatu perkara, terutamanya yang melibatkan orang lain.

Walaupun ada yang menganggap sifat tersebut sebagai tabiat yang lucu dan menghiburkan, ramai sebenarnya pernah berada dalam situasi yang sama.

Wanita tanya tahap 'kepochi' netizen

Baru-baru ini, tular satu hantaran di Threads apabila seorang pengguna bertanyakan tahap 'kepochi' netizen sehingga mengundang pelbagai perkongsian menghiburkan di ruangan komen.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh @win_deera, wanita itu turut berkongsi pengalaman suaminya yang tiba-tiba menjadi rajin menyapu koridor ketika mereka menyewa di sebuah flat setiap kali terdengar jiran bergaduh.

"Tahap mana kepochi korang? Dulu menyewa dekat flat, laki aku kalau dengar orang gaduh memang tiba-tiba rajin sapu dekat koridor," tulisnya.

Selain itu, dia turut menceritakan kisah bapanya yang pernah mengintai pergaduhan dua jiran pada era 1980-an sehingga terpaksa berdiri di pintu rumah kerana bimbang individu yang bertengkar itu memasuki kediaman mereka.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai dengan rata-rata netizen turut berkongsi kisah ahli keluarga dan pasangan masing-masing yang mempunyai sikap ingin tahu yang sama.

Netizen kongsi kisah 'kepochi' keluarga

Menjengah ke ruangan komen, seorang netizen berkongsi gelagat jirannya yang sanggup keluar menyiram pokok pada lewat malam ketika dia dan suami sedang bertengkar.

Menurutnya, tindakan jiran tersebut membuatkan mereka berdua hampir ketawa di tengah-tengah pergaduhan.

"Bukan nak kata kepochi diri sendiri, tapi nak cakap kepochi jiran depan rumah. Aku gaduh dengan laki aku, dia boleh keluar siram pokok bunga tengah malam," tulisnya.

Bukan itu sahaja, seorang pengguna turut berkongsi gelagat 'kepochi' ibu dan suaminya yang luar biasa sehingga membuatnya menggeleng kepala.

Menerusi gambar yang dikongsikan, kedua-duanya dilihat berdiri di atas kerusi sambil menjenguk ke arah tingkap bagi melihat sesuatu yang berlaku di luar rumah.

"Ni tahap kepoh mak aku dengan laki aku. Mengucap panjang aku tengok," tulisnya berseloroh.

Seorang lagi netizen pula mendedahkan bahawa suaminya yang berwajah garang dan pendiam sebenarnya gemar mendengar perbualannya bersama ibu di telefon.

Katanya, setiap kali panggilan tamat, suaminya pasti akan bertanyakan isi perbualan tersebut kerana terlalu berminat untuk mengetahui apa yang dibincangkan.

Dalam pada itu, seorang pengguna lain turut berkongsi kisah abangnya yang begitu ingin tahu mengenai satu kemalangan jalan raya sehingga cuba menghampiri lokasi kejadian dengan mendakwa dirinya sebagai saudara mangsa.

Seorang lagi netizen turut berkongsi pengalamannya berdepan situasi tegang melibatkan jiran sehingga berjaya menghentikan pertengkaran tersebut secara tidak sengaja.

Menurutnya, dia pernah terserempak dengan seorang jiran yang sedang mengamuk terhadap isteri dan anak-anak sehingga mengugut untuk membakar rumah.

Disebabkan terlalu ingin mengetahui apa yang berlaku, dia secara spontan berjalan ke hadapan rumah berkenaan dan bertanyakan sendiri keadaan mereka.

"Terus semua diam sunyi sepi. Jiran lain yang tengah menonton pun terus terdiam," katanya sambil berseloroh.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi lucu daripada netizen yang mengakui sikap 'kepochi' sebenarnya wujud dalam hampir setiap manusia, cuma pada tahap yang berbeza-beza.

Sumber:Threads