Siakap Keli

Biar Betul Ni, Beli Box Set OPPO Reno4 Pro Galactic Blue Edisi Terhad, Boleh Dapat Item Kolaborasi Jenama Terkenal Bernilai RM 119

“Bulan lepas, OPPO Reno4 Pro dilancarkan dengan warna hitam dan putih. Memang cun! Tapi kali ini, lagi cun! Kini, boleh didapati dalam warna ‘rare’, iaitu Galactic Blue!”

Siapa yang tak berkenan dengan warna-warna yang sememangnya menjadi warna kegilaan ramai. Kalau sebut warna biru sahaja, pasti korang akan terfikir warna ‘baby blue’ tak pun warna ‘galactic blue’ kan? Bayangkan kedua-dua warna ini digabungkan dalam peranti OPPO Reno4 Pro!

Tambahan pula, ‘beg kecil’ direka khas oleh pereka terkenal iaitu Christy Ng dan t-shirt eksklusif oleh jenama terkenal Pestle & Mortar Clothing. Tipulah kalau tak terdetik di hati korang nak tahu lebih lanjut kan?

Ya, OPPO kali ini berkolaborasi dengan dua jenama fesyen terkenal di Malaysia iaitu Christy Ng dan Pestle & Mortar Clothing dan telah melancarkan variasi terbaru bagi peranti OPPO Reno4 Pro yang kini didatangkan dengan pilihan warna Galactic Blue yang lengkap dengan Limited Edition Box Set! 

Jadi, apa yang perlu korang buat?

Korang kena jadi salah seorang daripada 300 pembeli terawal untuk peranti OPPO Reno4 Pro yang sememangnya memiliki warna yang ‘rare’ iaitu galactic blue. Lepas itu, barulah korang berpeluang untuk dapatkan beg dan baju dari pereka terkenal tu. 

Reno4 Pro dengan warna Galactic Blue ini direka dengan design yang sleek dan minimalistic, yang menjadikannya sebuah rekaan peranti yang elegant dan seiring dengan warna Pantone bagi tahun 2020 iaitu Classic Blue. OPPO Reno4 Pro Galactic Blue adalah sebuah smartphone yang turut direka untuk fashionista.

Dengan kolaborasi bersama Christy Ng dan Pestle & Mortar Clothing ini, penggemar fashion boleh la nak padankan OPPO Reno4 Pro anda dengan beg dan pakaian dari jenama tersebut!

Christy Ng

Penggemar fashion mesti kenal jenama Christy Ng yang sering menghasilkan rekaan yang chic dan gorgeous. Kini dengan kerjasama dua jenama ini, OPPO dan Christy Ng menghasilkan Limited Edition Box Set!

Cantik kan sling pouch yang direka khas oleh Christy Ng untuk OPPO Reno4 Pro ni? Sangat elegan!

Untuk padankan dengan warna Galactic Blue pada OPPO Reno4 Pro ini, Christy Ng menghasilkan design pouch ini dengan gabungan warna baby blue dan grey beserta gold zip dan keychain yang tertulis RENO. Compartment untuk letak cards dan dustbag OPPO Reno x Christy Ng pun ada! Barulah bebas habuk dan calar bila simpan kan.

Bukan tu je, sling pouch ni boleh muat kebanyakan jenis smartphone! So tak kisah korang pakai smartphone apa, tetap boleh bergaya dengan pouch Christy Ng ni.

Pestle & Mortar Clothing

Untuk penggemar streetwear pula, kolaborasi OPPO Reno4 Pro x Pestle & Mortar Clothing ini pasti akan buat anda teruja! 

Design eksklusif Pestle & Mortar ini turut dihasilkan dengan warna biru Galactic Blue pada OPPO Reno4 Pro ini dan turut menampilkan beberapa design yang menggambarkan OPPO Reno4 Pro. Memang stylo habis! Penggemar streetwear sudah tentu wajib memiliki t-shirt ini dan padankan dengan peranti OPPO Reno4 Pro Galactic Blue anda!

Dengan design dan kualiti awesome dari Pestle & Mortar Clothing ni, rugi kalau korang tak grab Limited Edition Box Set ni.

Jadi apa tunggu lagi?

Jangan terlepas untuk menyertai pre-order OPPO Reno4 Pro Galactic Blue ini! Kerana hanya 300 pelanggan pertama yang menyertai pre-order pada 11 September – 25 September 2020 ini akan menerima Limited Edition Box Set Christy Ng atau Pestle & Mortar Clothing dengan setiap pembelian OPPO Reno4 Pro Galactic Blue yang dijual pada harga RM2,399. Tak perlu tunggu, terus je register nama anda untuk pre-order di link ini.

Manakala, pelanggan yang tidak sempat menjadi 300 pelanggan pertama, anda juga boleh memiliki Limited Edition Box Set tersebut yang hanya bernilai RM119 sahaja.

Tapi, anda juga boleh dapatkan Limited Edition Box ini secara ‘a la carte’ yang bernilai RM119 sahaja bermula 26 September 2020 di cawangan OPPO terpilih. Anda boleh check out maklumat lanjut di Facebook rasmi OPPO Malaysia dan laman rasmi OPPO Reno4 Pro Galactic Blue.

Kalau tak beli Oppo Reno 4 Series ini, korang memang menyesal habis. Kenapa?

Ini 9 ‘sebab’ kenapa korang perlu dapatkan OPPO Reno 4 Pro ini.

1. Reka bentuk

Reka bentuk yang ringan dan nipis serta menawarkan 2 warna matte menarik iaitu Starry Black dan Silky White. Serta warna yang memang paling ‘rare’ dan dinantikan ramai iaitu Galactic Blue. Woww!

2. Skrin Kadar Semula 90 Hz

Kali ini ia dilengkapi dengan kadar segar semula 90Hz dan juga merupakan sebuah panel HDR10+. Bahkan korang boleh merasai 90Hz yang sangat lancar dan dengan 3D Borderless Screen yang selesa untuk  bermain permainan video seperti PUBG, MLBB dan lain-lain lagi. Menarik bukan?

3. Pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 65w

Pengecasan terpantas dalam kelas harganya.

Peranti ini hanya mengambil masa selama 36 minit untuk bateri penuh. Didatangkan dengan kelajuan SuperVOOC 2.0 65w, memang akan menyelesaikan masalah korang. jangan risau ia selamat dan tidak mengambil masa yang lama. Padan dengan harga, peranti ini antara yang terpantas pengecasan berbanding peranti lain yang sama dengannya. Berbaloi kan?

4. Potret Warna AI

  • Video

Jelas menunjukkan riak wajah Neelofa dalam video ini sangat kagum dengan kuasa ‘perfect’ potret warna yang cukup sesuai untuk apa saja jenis video.

  • Fotografi

Fungsi Potret Warna AI dalam foto dan video untuk mengekalkan warna pada subjek potret. Menggunakan latar belakang  filter black and white akan menghasilkan kesan yang menyerlahkan bagi subjek. Korang boleh nampak sendiri pada foto Elizabeth Tan dan Ayda Jebat.

5. Night Flare Portrait

  • Tidak guna night flare potrait

  • Selepas guna night flare potrait

Salah satu mod yang menjadi kesukaan Lizzy …

Ia boleh diaktifkan dalam filter mod potret. Setelah diaktifkan, ia menggabungkan gambar asas dengan LLHDR algoritma untuk memberikan julat dinamik yang lebih baik. Ia hanya berfungsi pada kamera belakang sahaja.

Titik cahaya ‘Bokeh’ ditambahkan ke latar belakang secara automatik. Korang akan merasai potret malam yang semula jadi dengan titik cahaya yang mengagumkan (mod potret + algoritma malam) dan gambar menjadi lebih cerah.

6. AI Slow-motion 960fps

Video ‘Slow mo’ 240fps @ 720P dapat ditukar menjadi 960fps @ 720P. Kamera depan menyokong sehingga 240fps @ 720P. Bukan itu sahaja, Azira Shafinaz in love sangat dengan slow mo ni. Jadi, tidak perlu memuat turun aplikasi lain untuk ‘slow mo’ sebab dah ada dalam OPPO Reno 4 Pro.

7. Ultra Steady Video 3.0

Video ini tidak menggunakan dan selepas menggunakan Ultra Steady Video 3.0

Anda boleh mengambil video yang stabil, jelas dan berkualiti tinggi dalam pelbagai senario. Video lebih stabil dalam situasi seperti mengambil video dan streaming live semasa berjalan kaki.

8. Mod Selfie Ultra Night dan Ultra Mod Gelap

Gabungan pencahayaan yang sangat sesuai.

Korang boleh selfie dalam cahaya yang rendah tetapi kualiti gambar yang sangat jelas dan menarik. Mod Ultra Gelap pula memudahkan pengambilan gambar dalam keadaan cahaya rendah, bahkan dapat mengambil perincian yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia sehingga ukuran saiz 5luc.

  • Tanpa menggunakan Ultra Dark Mode

  • Selepas menggunakan Ultra Dark Mode

9. Ultra Clear 108MP

Membina semula gambar dengan resolusi yang lebih tinggi sehingga mencapai 100 megapixel. Ini merupakan integrasi multi-bingkai VD yang direalisasikan melalui kamera utama 48MP. Wow, best sangat!

“Inilah masanya untuk korang bergaya sakan dengan OPPO Reno4 Pro dan jenama terkenal Christy Ng dan Pestle & Mortar Clothing!”

Untuk sebarang maklumat lanjut korang boleh layari di OPPO.my atau untuk membuat pra tempahan, korang boleh klik di sini, Reno4 Pro Galactic Blue.

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang