Siakap Keli
Gambar: Google

Pejabat Pos Di PKPD Kota Setar Beroperasi Seperti Biasa

ALOR SETAR, 12 Sept – Semua pejabat pos dan cawangan Pos Laju di daerah Kota Setar, Kedah akan terus beroperasi seperti biasa.

Pos Malaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan, penerusan operasi tersebut adalah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran dikuatkuasakan sehingga 25 September ini.

“Walau bagaimanapun, sila jangkakan kelewatan dalam penghantaran terutamanya ke premis-premis perniagaan di Kota Setar yang ditutup sepanjang pelaksanaan PKPD Pentadbiran ini.

“Para pelanggan mesti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti pemakaian pelitup muka dengan betul, penjarakan fizikal dan mendaftar diri apabila berurusan di pejabat pos atau cawangan Pos Laju,” kata kenyataan tersebut, hari ini.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk melalui AskPos di www.pos.com.my.

Sumber: Pos Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.