Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Hanya 3 ‘Step’ Mudah, Wanita Kongsikan Cara Hilangkan Kesan Calar Pada Cermin Mata Dan Jam

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Cermin mata adalah alatan yang sangat diperlukan oleh orang yang menghadapi masalah rabun.

Justeru daripada itu, cermin mata haruslah sentiasa berada dalam keadaan baik. Namun begitu, pasti ada antara kita yang mempunyai masalah cermin mata yang dipakai itu bercalar. Nak ditukar, perlu keluarkan duit pula.

Kini anda tidak perlu pening kepala lagi kerana, seorang pengguna Facebook bernama Rosie Zam ada kongsikan tips untuk menghilangkan calar pada cermin mata dan turut boleh dipakai ke atas jam tangan.

Dengan 3 cara ini, masalah anda itu pasti dapat diselesaikan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Nah saya kongsikan tips untuk menghilangkan calar pada cermin mata atau jam. Caranya mudah ya amat.

1. Ambil kertas tisu sapukan sedikit ubat gigi.
2. Gosokkan pada cermin mata atau jam anda.
3. Kemudian bersihkan dengan tuala kering.

Mudah bukan. Cuba tau.

Sumber: Rosie Zam

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa