Siakap Keli
Foto: KKM

TERKINI: KKM Sahkan 21 Kes Positif Baharu Dan Kesan Kluster Baharu Iaitu Kluster Selamat Di Semporna

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa setakat hari ini, 17 September 2020 terdapat 21 kes positif baharu Covid-19. Bagaimanapun, pertmabaha kes sembuh meningkat 15 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 9250 kes.

Dalam kenyataan media hari ini, jumlah tersebut merangkumi 16 kes tempatan dan 5 import serta terdapat satu kluster baharu iaitu di Semporna. Jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 10,052 kes.

KKM juga memaklumkan bahawa setakat ini tiada kes kematian dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kekal kepada 128 kes.

Penerangan tentang kluster di Semporna

KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dilaporkan di Semporna, Sabah. Kes indeks kluster (iaitu kes ke-9969) merupakan seorang wanita warganegara Malaysia yang berusia 32 tahun. Beliau didapati positif COVID-19 pada 14 September 2020 ketika saringan kemasukan ke Hospital Tawau bagi kelahiran pramatang. Hasil saringan kontak rapat dan pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection), 1 lagi kes positif COVID-19 telah dikesan. Kes merupakan pegawai perubatan yang merawat kes indeks. Sehingga 17 September 2020, sejumlah 118 individu telah disaring dalam kluster ini.

Daripada jumlah ini:
• 2 kes dikesan positif COVID-19; dan
• 116 individu masih menunggu keputusan.

Langkah pencegahan penularan jangkitan seperti proses nyah kuman dan pembersihan telah dijalankan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti. Punca jangkitan masih di dalam siasatan dan aktiviti mengawal penularan jangkitan bagi kluster ini giat dijalankan di lapangan.

Untuk mengekang jangkitan wabak ini daripada berterusan, KKM menyeru kepada orang ramai supaya sentiasa menjaga jarak dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang