Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail

(Video) Detik Cemas Kereta Dipercayai Hilang Kawalan Hampir Rempuh Budak Dalam ’Stroller’

Satu kejadian mengerikan berjaya dirakam apabila sebuah kereta merempuh masuk ke dalam sebuah kedai di tenggara Turki, lapor Daily Mail.

Rakaman CCTV itu menyaksikan detik-detik kereta tersebut merempuh masuk ke dalam kedai di Gazientep selepas pemandunya dipercayai hilang kawalan.

Gambar Via Daily Mail

Kereta itu juga dilihat hampir melanggar dua orang kanak-kanak yang berada berhampiran kedai itu.

Gambar Via Daily Mail

Menurut laporan agensi berita Demiroren, tiga orang dilaporkan telah tercedera dan dikejarkan ke hospital.

Pada permulaan video, dapat dilihat tiga orang dewasa sedang berdiri di luar kedai bersama dengan seorang anak kecil sebelum kereta putih hilang kawalan dan memandu ke arah kedai tersebut.

Gambar Via Daily Mail

Seorang penumpang kereta membuka pintu kenderaan sebelum berhenti bergerak dan keluar.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa