Siakap Keli
Gambar: Noraziah Ramli

“Tak Sangka Tu Lambaian Terakhir…”, Ibu Kongsi Kisah Pilu Anak Meninggal Dunia Dipercayai Tersedak Susu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kita tidak tahu bilakah kali terakhir akan bertentang mata dengan insan tersayang. Entah hari ini, entah esok lusa. Perpisahan terakhir pastinya akan dikenang sepanjang hayat.

Baru-baru ini, seorang ibu berkongsi kisah perpisahan dengan permata hatinya, adik Aleefa, enam bulan yang meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di rumah pengasuh.

Biarpun pertemuan mereka di dunia agak singkat, Puan Noraziah Ramli berkongsi semula detik bermakna enam bulan bersama anak syurga itu sehinggalah tragedi pada 11 September lalu meragut nyawa anaknya.

Assalamualaikum wbt.

Dengan berat hati dan secara terbuka dengan ini saya ingin memperkenalkan puteri syurga saya Aleefa (kind, compassion,friendly).

Pilihan nama diberi bersempena dengan huruf pertama dalam jawi dan al quran “alif”.

Dilahirkan pada 12.03.2020 Khamis di bilik bersalin, bilik 14, PPUM dengan berat 2.675kg pada jam 5.28 sebelum subuh.

Kesakitan contraction dialami sejak Isnin 09.03.2010 petang dan semakin sakit pada malam Rabu 11.03.2020 dan mula dimasukkan ke wad.

Disebabkan dengupan jantung baby agak berisiko maka doktor putuskan untuk pecahkan air ketuban pada pukul 12 tengah malam.

Dilahirkan secara normal namun di dalam keadaan ibu yang sangat penat sebab dah lama menahan sakit.

Betul kata orang bersalin tu tak sakit cuma waktu jahit tu je yang teramat sakit. Saat diberikan bayi pada kali pertama, hati ini mengucap syukur atas nikmat sakit itu dengan diberikan hadiah tak ternilai itu.

Gambar: Noraziah Ramli

Hari pertama dilahirkan dengan keadaan yang sihat baby dan ibu tanpa ada kuning untuk baby. Namun ibu terpaksa ditahan di wad sebab tekanan darah naik sewaktu di dalam bilik bersalin.

Ditambah pulak dengan ibu punyai rujukan pakar PSY. Kali pertama cubaan beri susu ibu, bagusnya baby pandai sangat isap tapi susu belum keluar sepenuhnya

Malam pertama, nurse ambil semua baby utk dijaga dan ibu dapat rehat sepenuhnya. Bila masuk hari kedua, aku rasa separuh badan aku ke bawah macam sakit sangat. Tapi kuatkan kudrat jugak.

Hari kedua susu ibu langsung tak ada. Baby isap kerap tapi tetap tak ada. Bila malam nak tidur aku terpaksa panggil nurse untuk tambah susu formula. Sebab susu ibu tak ada jadi kuning dia pun tiba-tiba naik mendadak.

Hari ketiga sebelum subuh baby. Dia diam je walaupun mata besar sangat. Ibu dah lepas balik tapi anak kena masuk wad. Alhamdulillah satu malam je kena tahan dah boleh balik.

Aleefa anak yang paling mudah jaga. Menangis pun jarang dan tak kuat. Senantiasa bangun pagi dengan senyuman yang manis. Tidur malam lena tanpa jaga (kadang-kadang je bangun sekali dua nak susu).

Dia dah mula merangkak dua tiga tapak.

Pada pagi akhir.

Dia bangun awal tapi duduk diam je di katil dia. Diangkat pindah ke tilam depan dengan senyuman manis. Sebab pagi tu sejuk. Dibalut dengan kain tuala. Takut lapar, aku buatkan susu sambil pegang dia. Tapi dia minum seteguk dua je. Lebih teruja dengan apa yang ada depan mata dia.

Ditukarkan pampers, dicebokkan penuh dengan ketawa dan senyuman. Dipakaikan lampin dan baju juga tak putus dengan gelak tawa. Abang datang bergurau mengacah adik terkekek gelak.

Saat menghantar di muka pintu, saat aku melambai sebelum dia berlalu pergi… Dia sempat pandang dan senyum pada ibunya. Dan tak sangka itu lambaian ku yang terakhir.

Anak saya meninggal secara pengesahan doktor adalah pada 11.09.2020 jumaat jam 2.15 petang mengikut masa tiba di hopsital namun atas kertas siasatan doktor tertulis anak telah meninggal di rumah pengasuh.

Setakat apa yang kami tahu anak meninggal akibat tersedak susu di rumah pengasuh. Namun masih menunggu keputusan post mortem paling awal 2 bulan.

Kami sekeluarga termasuk keluarga mentua tidak sama sekali menyalahkan mana-mana pihak. Kami terima ujian ini dengan hati yg redha dan ikhlaskan semua ini.

Berlari rianglah puteri syurgaku, ditimang-timang berebut timang dengan wan saad, embang lanang, embah wedok dan daddy nanang.

Gambar: Noraziah Ramli

Tunggulah papa dan abi mu di pintu syurga nanti sayangku.

Ibumu ini mengikhlaskan kesemua kesakitan mengandungkan kamu, melahirkanmu dan setiap air susu yang mengalir buatmu puteri syurgaku.

“Isteri yang kematian suami dipanggil balu, anak yang kematian ibu bapanya dipanggil anak yatim piatu, ibu bapa yang kehilangan anak dipanggil…. Tiada perkataan yang mampu diungkapkan sebab ianya terlalu perit.” Salah satu dialog drama Black versi Korea.

Jasadmu di dunia 12.03.2020 – 12.09.2020.
Aleefa Mohamad Afnan

Susulan itu, Noraziah turut menyelitkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada ahli keluarga dan rakan sekeliling yang banyak mendoakan serta memberi sokongan tidak putus kepada mereka sekeluarga sepanjang menghadapi ujian itu.

Sumber: Noraziah Ramli

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.