Siakap Keli
Gambar: Ahmad Fedtri Yahya

“Ujian Tanpa Diduga…” Fedtri Yahya Mohon Semua Doakan Kesembuhannya

Pengacara popular, Ahmad Fedtri Yahya kini sudah selamat menjalani rawatan dan pembedahan di wajahnya.

Kondisi kesihatannya terkini dikemas kini oleh beliau melalui hantaran di Facebooknya pagi ini.

Gambar: Ahmad Fedtri Yahya

Salam Jumaat. Hari berkah. Ujian tanpa diduga. Kun faya kun..

Semoga menjadi kafarah dosa. Pasti ada hikmah..

Syukur atas ujian ini. Betapa baiknya Allah dengan menghadiahkan orang sekeliling yang cukup-cukup baik.

Nikmat yang cukup besar.

Doakan kesembuhan untuk semua.

Gambar: Ahmad Fedtri Yahya

Mengimbas kembali, pagi semalam isterinya mendakwa dirinya terlibat dalam satu kemalangan berbasikal.

Kecederaan yang dialaminya mengakibatkan beberapa jahitan terpaksa dilakukan di bahagian wajahnya yang tercedera.

Alhamdulillah, semoga luka kecederaan beliau semakin sembuh dan kesihatan bertambah baik di pagi Jumaat yang mulia ini.

Gambar: Ahmad Fedtri Yahya

Sumber: Ahmad Fedtri Yahya

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.