Siakap Keli
Gambar Via The Guardian

Senarai 21 Nama Habis Digunakan, Ribut Taufan Bakal Diberikan Nama Dengan Abjad Yunani Selepas Ini

Dunia menyaksikan banyak ribut dahsyat yang telah terbentuk di Atlantik pada tahun ini sehingga US National Hurricane Center (NHC) telah kehabisan nama.

Disebabkan itu juga, taufan dan ribut tropika selepas ini akan dinamakan dengan huruf dari abjad Yunani.

Memetik laporan The Guardian, terdapat sebanyak 21 nama yang ada pada setiap tahun. Senarai tersebut berakhir dengan huruf W dan tidak termasuk Q, U, X, Y dan Z.

Setelah senarai itu habis, sistem nomenklatur beralih ke abjad Yunani.

Musim taufan pada tahun 2020 ini telah menyaksikan Caribbean dan AS selatan dilanda ribut taufan Hanna, Isaias, Laura dan Sally.

Arthur dan Bertha pula berlaku pada awal musim iaitu pada bulan Mei. Secara keseluruhan, 23 ribut bernama telah terbentuk tahun ini termasuk satu ribut subtropika, 14 ribut tropika dan lapan taufan.

Ahli meteorologi mengatakan bahawa banyak ribut tropika terbentuk lebih dekat ke arah Amerika Syarikat berbeza dari kebiasaannya. Ia disebabkan oleh frekuensi yang meningkat hasil daripada suhu permukaan laut yang melebihi purata dan ricih angin rendah. Ia bermaksud angin di atmosfera atas dan bawah agak konsisten.

Sumber: The Guardian

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa