Siakap Keli

Bekas MB Terengganu, Wan Mokhtar Ahmad Meninggal Dunia Awal Pagi Ini

Bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad berusia 88 tahun meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court, KL pada 6.20 pagi tadi.

Allahyarham pernah mentadbir negeri Terengganu selama 25 tahun dari 1974 hingga 1999. Perkara duka ini disampaikan menerusi laman Facebook rasmi Wan Abdul Hakim (anak) pada hari ini.

Assalamualaikum…innalillahiwainalillahirojiun..ayah saya, Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, selamat kembali ke Rahmatullah pada jam 6.20 pagi tadi di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur. 

Mohon doakan keampunan Allah pada beliau, dipermudahkan perjalanan di alam barzah dan mendapat ganjaran syurga di akhirat nanti. Mohon maafkan segala dosa-dosa beliau,halalkan makan minum dan tuntutlah pada keluarga sekiranya beliau ada hutang dengan tuan-tuan dan puan-puan.

Katanya lagi, ayahandanya akan disembahyangkan di Tanah Perkuburan Masjid Bukit Jelutong selepas waktu Zohor hari ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam selepas itu.

Sumber: Bernama , Hakim Wan Mokhtar

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang