Siakap Keli

Ini Ciri-Ciri Pelitup Muka Fabrik Yang Selamat Dan Disarankan Oleh WHO

Wabak Covid-19 yang melanda negara kita menyebabkan kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka bagai membendung penularan wabak ini di dalam kalanga rakyat.

Susulan itu, pelbagai jenis pelitup muka dijual di pasaran untuk pelanggan mengikut citarasa masing-masing.

Namun begitu, lambakan pelitup muka fabrik ada di antaranya yang tidak menepati piawaian atau ciri-ciri yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jadi, pastikan pelitup muka fabrik anda menepati ciri tiga lapisan seperti di bawah kerana mempunyai fungsi tersendiri dan tidak hanya dibeli berdasarkan harga yang murah atau mengikut fesyen semata-mata.

Lapisan dalam

1. Menyerap titisan cecair

Lapisan tengah

1. Hindar penyerapan air

2. Tingkatkan penapisan atau menyerap titisan cecair

Lapisan luar

1. Hindar penyerapan air

2. Hadkan pencemaran daripada masuk ke hidung dan mulut

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.