Siakap Keli

Artis Jepun Reka Pelitup Muka Seperti Semangkuk Ramen Yang Masih Panas

Pelukis animasi Jepun, Takahiro Shibata yang terkenal dengan ciptaannya yang diilhamkan oleh budaya Jepun berkongsi Bberkongsi gambar ciptaan terbarunya baru-baru ini.

Ciptaan tersebut merupakan topeng muka untuk orang yang memakai cermin mata dan kelihatan seperti semangkuk ramen yang sedang panas.

“Semakin banyak kaca mata yang kabur, semakin panas ramen itu,” gurau Takahiro.

”Saya cukup yakin semua orang yang sentiasa memakai cermin mata akan dapat memahaminya,” tambah beliau.

Topeng ciptaannya itu menjadi viral dengan serta-merta dan menerima hampir 250 ribu tanda suka hanya dalam tempoh beberapa hari dimuatnaik.

Namun begitu, Takahiro masih belum bersedia menjual topeng ramen tersebut kepada orang ramai.

Pada masa yang sama, beliau juga membuat kuaci dengan ukuran lebih kurang sebesar tapak untuk memenuhi permintaan adiknya.

Bahagian luar ‘kulit’ adalah biskut dan ‘biji kuaci’ di dalamnya diperbuat daripada coklat.

Beliau juga berkongsi resipi tersebut kepada pengikutnya supaya mereka dapat membuatnya sendiri tetapi memerlukan kemahiran yang tinggi.

Selain itu, beliau turut mencipta cincin berbentuk seperti tin tuna yang telah dibuka.

Malah, anda juga boleh membuka ‘tin’ tersebut dan membiarkan tuna tersebut berada di atasnya. Memang kreatif!

Sumber: demilked

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.