Siakap Keli

PKPD Di Kota Setar Akan Tamat Hari Ini Tapi Rumah Pangsa Tongkang Yard Disambung Hingga 7 Oktober

Susulan daripada penularan kes Covid-19 di Rumah Pangsa Tongkang Yard (Seberang Perak), kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD Secara Bersasar sehingga 7 Oktober 2020 ini.

Kerajaan sebelum ini memaklumkana bahawa perlaksaaan Perintah Kawalan Pergerakan Secara Pentadbiran (PKPDP) di Daerah Kota Setar yang bermula pada 11 September lalu akan ditamatkan pada hari ini, 25 September 2020.

Setakat 24 September 2020, penilaian risiko yang dijalankan oleh anggota KKM mendapati masih terdapat lokasi yng berisiko iaitu di Rumah Pangsa Tongkang Yard yang melibatkan 5 buah rumah.

Menerusi kenyataan media di laman Facebook rasmi Majlis Keselamatan Negara akan melanjutkan PKPDP secara bersasar di rumah pangsa tersebut ssehingga 7 Okober 2020.

Perlanjutan tersebut membantu pihak KKM untuk melakukan saringan kali kedua kepada penduduk di pangsapuri tersebut.

Turut ditutup adalah sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama yang bermula dari 26 September hingga 9 Oktober 2020 ini.

Sehubungan dengan itu, pihak PDRM dan ATM akan membuat kawalan pergerkaan di lokasi tersebut bagi memstikan penduduk sekitar mengikut SOP dan Perintah Kuarantin di rumah.

Sumber: MKN

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang