Siakap Keli
Gambar: Bernama

COVID-19: Individu Negatif, Tidak Bergejala Pulang Dari Sabah Tidak Wajib Kuarantin- KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 29 Sept (Bernama) — Mereka yang pulang dari Sabah dan diuji negatif bagi COVID-19, tidak bergejala serta tidak mempunyai kontak rapat dengan individu disahkan positif, tidak diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagaimanapun, beliau berkata mereka yang berkenaan dinasihatkan menjalani kawalan kendiri termasuk berada di rumah sehingga tamat tempoh 14 hari itu.

“Mereka juga dinasihatkan tampil ke Pusat Kesihatan Daerah atau klinik kesihatan untuk membuat ujian swab pada hari ke-13 bagi memastikan mereka benar-benar bebas daripada COVID-19,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata bagi individu pulang dari Sabah yang didapati positif akan dirawat di hospital manakala yang bergejala dan mempunyai kontak rapat dengan individu positif perlu menjalani kuarantin wajib di rumah selama 14 hari.

Mereka juga dipakaikan dengan gelang merah jambu, katanya.

Sumber: Bernama

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa