Siakap Keli
sawah apple
Gambar: Google/Apple

Dapat Lebih 217k ‘Likes’, Sawah Di Sabak Bernam Pula Jadi Perhatian Di Instagram Rasmi Apple

Kalau dahulu gambar pokok kelapa di Terengganu menjadi tumpuan pengikut Apple, kali ini laman tersebut berkongsi gambar sawah di Selangor pula.

Diambil oleh @farisofar, gambar di Sabak Bernam itu memaparkan bayangan seorang individu yang sedang mengayuh basikal di tepi bendang.

Kiriman berkenaan telah mendapat lebih 217 ribu tanda suka di laman Instagram Apple.

“Anda boleh mendengar angin bertiup di sawah ini. Ia amat menenangkan mendengar kicauan burung dan katak menguak, satu persekitaran yang cukup berbeza berbanding yang biasa saya alami di bandar,” tulis kapsyen berkenaan.

Sumber: Apple

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.