Siakap Keli

Terima Likes Lebih 300k Seluruh Dunia, Giliran Pokok Kelapa Terengganu Dikongsi IG Rasmi Apple

Bagi pengguna Instagram khususnya yang menggunakan telefon pintar keluaran syarikat Apple pastinya telah mengetahui bahawa Instagram rasmi bagi syarikat itu selalu berkongsi gambar-gambar menarik yang diambil menggunakan iPhone dari pengguna di seluruh dunia.

Baru-baru ini, tular satu gambar yang memaparkan seorang lelaki sedang memanjat pokok kelapa di Terengganu.

https://www.instagram.com/p/B7WMRZal3WX/

Gambar tersebut telah menjadi tular selepas akaun Instagram milik syarikat Apple berkongsikan gambar tersebut di akaun Instagram rasminya.

Gambar tersebut telah mendapat sebanyak lebih 300 ribu likes daripada netizen Instagram di seluruh dunia.

Pada bulan lalu, gambar yang diambil oleh netizen tempatan yang memaparkan suasana sawah padi di sebuah kampung yang terletak di Perlis telah menjadi tular selepas dikongsikan oleh akaun rasmi Instagram syarikat Apple.

https://www.instagram.com/p/B6YbCLOlGdh/

Gambar tersebut telah mendapat sebanyak lebih 300 ribu likes setelah dikongsikan oleh akaun Instagram rasmi milik syarikat Apple.

Secara tidak langsung, kedua-dua gambar tersebut telah berjaya mengharumkan nama negara di samping mempromosikan keindahan yang terdapat di Malaysia.

Pelbagai reaksi positif yang boleh dilihat melalui ruangan komen di akaun Instagram tersebut. Berikut adalah antara komen-komen yang dikongsikan oleh para netizen di seluruh dunia:

Baca: Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia

Sumber: Apple

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.