Kementerian Kesihatan Malaysia pada hari ini melaporkan bahawa terdapat 260 kes baharu COVID-19 yang melibatkan 259 kes tempatan dan 1 kes import.
Orang ramai di Malaysia disarankan peka terhadap situasi semasa Covid-19 dan mengamalkan penjarakan fizikal serta patuh SOP yang ditetapkan.
Menerusi perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, beliau mengingatkan orang ramai untuk duduk di rumah jika tiada urusan penting.
“Jika perlu berada di luar, pastikan anda patuhi SOP dan nasihat kesihatan KKM.
“Ramai antara kita yang ambil mudah dan leka hingga menganggap kita telah bebas daripada wabak ini,” katanya.
COVID19 telah berada dalam komuniti kita. Sila duduk di rumah jika tiada urusan penting. Jika perlu berada di luar,…
Posted by Noor Hisham Abdullah on Thursday, October 1, 2020
Sumber: Noor Hisham Abdullah