Siakap Keli

Gadis Ini Miliki Bibir Terbesar Di Dunia Sehingga Digelar “Real-Life Barbie”

Seorang pelajar yang berasal dari Bulgaria telah berbelanja puluhan ribu ringgit untuk mendapat bibir terbesar di dunia dengan menyuntiknya sebanyak 21 kali sehingga digelar “Real-Life Barbie”

Gadis yang bernama Andrea Emilova Ivanova yang ketagih dengan suntikan filler itu telah menjadikan bibirnya 4 kali ganda lebih besar dari saiz yang asal walaupun telah diberi amaran oleh doktor bahawa tindakannya itu merbahaya.

“2 minggu lepas, saya menerima suntikan filler untuk kali ke-21 sebab saya nak kekalkan isi padu bibir dan menampakkannya lebih besar,” katanya lapor Daily Star.

“Hyaluronic Acid akan dipecahkan oleh badan dalam tempoh beberapa bulan dan bibir akan jadi mengecil, jadi saya perlu menambahnya secara kerap untuk menampakkan bibir saya lebih besar,” tambahnya lagi.

Andrea telah menambah terlalu banyak filler sehinggakan bibirnya hampir bersentuhan dengan hidungnya. Ketika ingin kekal meneruskan prosedur, Andrea telah diberi amaran bahawa penambahan filler lebih banyak akan membahayakan dirinya.

Sumber: Daily Star

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)